Pages

Monday, May 12, 2014

UiTM Jasin



Bismillah
Like heyyyyyyy ~ haha
Uitm Jasin sin sin sin ekekekek . kau rasa aku patut bahagia ke sedih ? sekolah jasin rumah jasin kampong jasin U pun jasin. Pehh uitm nie apesal boleh bukak cawangan kat jasin lak aihhh. Bantai kangg. Nasiblah aku pernah sekolah kat Selangor. Takde lah forever jasing sangat kann. Hahahaha. 

So aku dapat kos dip in computer science. Bak kata aimi nanti buat game macam flappy bird lepas tu mati . acehhhh. Act aku nak IT , and I got foundation in IT , UNITEN. Kenapa tolak walhal kau dapat apa yg kau nak ? okay aku tolak bukan sebab ipts ke hape. People nowadays semua mampu lah wehh nak hidup . loan banyak kot , mara ada ptptn ada. Tapi kenapa aku tolak ? haaaaaaa, wehh cita cita aku memang nak masuk uniten dah berabad. Tapi atas sebab sebab tertentu , terpaksa ku tolak. Aku bukan apa, taknak mengulangi sejarah silam yang sangat sedih gila nak mati sampai tahap nak mampus. Hahahahhahahahaah. Okay. Sekarang aku nak focus maju kedepan. Lantak pi lah terpaksa amek dip kea pa. at least aku takkan jumpa , ingat segala kenangan . dan insyaAllah aku akan focus kepada benda yg aku target. Aku malas nak cerita kenapa aku tak amik uniten tuuu. Nanti sedih. Kahkah.

Ibu pun kata better dip, dia bukan kira siapa habis belajar dulu dia Berjaya ke hape. Dip very simple, so tak payah nak struggle satu tahun for 4 flat beb. Kalau rasa tak mampu capai, tolak tepi dulu. Lagipun sijil dip boleh jual jugak. Nanti andai kata kalau aku malas nak belajau lagi ke atleast gua dah boleh kerja beb. Kahkah. Nanti kalau aku sambung degree lepas tu baru aku kerja, aku ada sijil dip+degree, and gaji kau lebih masyuk dari asasi+degree. Haaaaaa. Tinggi kan cita cita aku hahahaha.

Dekat sini aku nak pesan dekat semua, tak kisah lah kau dapat apa for upu, either foundation dip or degree, mohon bersyukur. Kau tahu bukan senang nak dapat peluang belajar zaman sekrg. Even org yg dapat 8A pun ada yg tak dapat upu. Kau nak cerita apa sekrg ? so bersyukur boleh. And for those yg tak dapat upu, matriks form 6 or etc, come on, buka minda , maju kedepan. Rezeki kat mana mana jea ada wehhh. Ipts berlambak. Okay memang lah maybe ada yg kata tak mampu, ehh loan beb loan. Buat pinjaman. Memang le pinjaman tu tak cukup. Tapi kau faham kan maksud berjimat ? niat kau pun nak belajar kann ? so, simpan duit elaun kau dapat tu , jangan nak berjoli. Puasa sunat ke hape. Dia  nie kalau niat betul semua boleh jadi. Yg tak jadinya bila kau niat tu tak betul jea. 

Jadinya dengan ini, saya sarankan kepada semua, jangan mudah putus asa, fikiran maju kedepan. Rezeki Allah nie luas, niat belajar kerana Allah. Ingat tuuu. Tak kisah lah wehh org nak kata apa. Yg buruk tolak tepi. Yang penting kita tahu siapa kita and apa yg kita nak.

So, good luck kepada semua. Nanti masuk U bukan macam kat sekolah, ada org nak kisah kau solat tak, kau itu ini, so , marilah kita sama sama menjaga diri. Ingat dari mana kita dtg , untuk apa kita hidup dank e mana kita akan pergi, hubungan dengan Dia tu jangan putus, marilah kita sama sama saling doa mendoakan antara satu sama lain. Okay dah. Bye. hihi

No comments:

Post a Comment