Pages

Wednesday, December 30, 2015

Move on beb, move on

Bismillah

Haii semuaaa hahahahahaha sorry busy sikit.

Nahh hari nie i akan bagi tips untuk uoll move on. Kahkah


Sejak sejak semua dah besar nie aku tengok makin lama makin ramai yang suka main tukar tukar pasangan yee. Haa padan muka dulu taknak bercinta, kutuk orang jea kerja 
Sekarang kau tengok, yang kau kutuk tu pulak yang dah makin baik. Kau pulak tergedik gedik menggeletis baru nak rasa bercinta tu macam mana kann. 

Tulaa, kan aku dah kata, jangan suka sangat hina kejahilian orang sebab kita pun tak tahu masa depan kita macam mana kan 

Okay okay malas nak ulang ayat sama. Tapi nasihat, bila nampak orang buat salah, jangan terus keji. Boleh jadi yang dikeji itu lebih baik masa depannya berbanding kamu


Duhai manusia manusia yang masih meroyan sebab kene tinggal, move on lah. Hahahahahahahah

Susah memang susah. Sumpah susah. Tapi percayalah, satu hari nanti kau akan rasa menyesal gila nak mampus sebab tangisi benda benda bodoh tu. 

Sumpah aku kesian dekat Kawan kawan yang datang cari menangis nangis cerita sedih nak mampus sebab kene tinggal. Aku pernah rasa. So aku tahu, sedih. Hahahahahah

Nak lupa ex kau yang kau puja kau sanjung tu atleast amek masa dua tahun beb. Tapi chill. Berkat sabar aku dua tahun, aku dah ada balik dalam dunia nyata. Walaupun kadang kadang masa nak period tu meroyan jugak sebab ingat balik.

Pada aku ahh. Aku sedih sangat gila nak mateyy bukan hanya sebab i lost someone that i really really really love, but actually ive lost 89% of my friend.  Wehh sedihh kot. Hmm tak payah tanya ah sape yang aku hilang sorang sorang  tuu. Well, aku tahu aku bukan sesiapa untuk korang stay dekat. Aku bukan budak  tajaan. Aku bukan budak budak hotstuff aku bukan anak orang kaya yang boleh tanggung makan minum korang. aku bukan budak baik, aku bukan budak tudung labuh, aku bukan kawan yang pandai jaga perasaan orang, aku bukan budak tutup litup aku bukan itu dan ini. Yeahhhh  i got nothing.so memang takde reason semua orang nak stay HAHAHAHAHA

OKAY CUKUP KOT

Haa kau pernah tak dengar "dulu masa couple kemain hodohnya, bila dah single lawa/hensem pulak dia ni"

Tapi memang doh, aku lama perhatikan benda nie. Betul kot aku rasa. So bila tengok semua perempuan kene tinggal tu makin lama makin cantik, aku pun jadikan mereka sebagai idol kahkah
Tapi tu ah, entah bila nak cantik macam perempuan perempuan lain tah

Okay ayuh kita mulaaa

1) dekatkan diri dengan tuhan balik beb
Kau sedar tak, sepanjang kau bercinta, dah berapa jauh kau lari dengan tuhan? Solat kau macam mana? Hubungan kau dengan mak ayah kau macam mana? 
Alhamdulillah, bila aku takde pakwe, aku rasa masa aku lagi banyak diluangkan bersama keluarga. Kalau tak asek nak balas ws text call dengan pakwe jea. Lepas tu bila gaduh emo, lepas tu terlepaskan dengan family pulak. Haaa menipu kalau tak pernah terbuat


2)  cantikkan / kacakkan diri anda

Wehh ni aku rasa mesti beb mesti. Sebab biasanya orang yg kene tinggal nie amek masa yang lama gila nak mampus untuk cari baru. Cuba kau bayangkan ahh kalau kau selekeh mesti orang akan cakap "siapa nak orang selekeh macam nie. Patutlah kene tinggal"
Haa sentap enn. So dari kau dihina baik kau bangkit. Make everyone said this "alaa dia lawa, dia boleh cari yang lebih hensem. Ex dia tak hensem. Tu yang single lama tu. mestila dia pilih yg hensem jee doh"

Haa faham tak. So selain dari dapat elakkan tanggapan tanggapan negatif orang keliling, kau jugak boleh buat awek/ pakwe ex kau yang sekarang rasa insecure. Sebab kau kene tahu, pakwe/makwe ex kau akan stalk kau punya ahh sebab dia mesti lah nak jadi better dari kau ennn kahkah

3) be perfect 
Bila kene tinggal, baru boleh jadi perempuan sejati. Baru boleh bangun awal. Kalau tak tiap tiap malam nak gayut jee lepas tu tidur nya jam berapa bangun nya mesti tengah hari enn. Nampak tak, sebenarnya pakwe kau banyak cenderung kau kepada perkara negatif. Hakhak

Belajar masak weh. Nie semua perempuan kene dohh. Biar muka tak lawa asal boleh masak. Benda nie biasa aku buat bila aku stress.  So kau boleh try.

Selain tu, aku pun belajar make up lol
Kan aku kata, cantikkan diri. Hahahahahahahahah tapi aku still tak pandai make up

4) elakkan diri dari jumpa ex kau
Sumpah nie kene. Wehh kalau nak move on, jangan nampak langsung muka dia kalau boleh. 
Kalau nampak jea, mesti tak jadi move on kahkah
So ada satu masa aku sampai tahap delete banyak sosial media sebab tak nak nampak benda benda yang sakitkan hati sendiri. Macam kes aku nie lain kannnn. Korrang kan tak suka aku. Korang pun sakitkan lah hati aku. Korang ingat korang mention mention dyorg tu aku tak terasa ke. Hmmmmmmmmm
Malas lah nak cerita
Okay. Block ex korang !!
Tapi bagi aku. Kalau salah sorang dah block tu maksudny dia kalah. Kalah k kalah. Sebab tu aku tak block sesape kahkah
5) busy kan diri yeayy
Haa habis tu kau ingat aku pegang jawatan untuk apa? Haaa 
Mula mula memang niat aku "bila ada jawatan, senang sikit nak move on" 
Lepas tu aku give up. Aku taknak pun jawatan tu lepas fikiran terganggu dengan beberapa aspek. Pehh sekali dapat. So be positive ahh enn

Dengan ada nya jawatan, jawatan paling busy pulak tu, alhamdulillah, masa aku banyak terluang dengan aktiviti aktiviti yang berfaedah, contohnya, menapak ke hep hampir 3 kali seminggu. Kahkah

Belajar menjahit nie pun boleh kot tergolong dengan buat aktiviti berfaedah nii. Haaa aku belajar lah sikit sikt cara nak pakai mesih jahit. Bahahahahah sadis. Selalu failed bab bab nak jadi perempuan ni tauu


7) cari lainnn !!!
Okay aku tak suruh kau buat dosa couple pun. Tapi enn,  bila kau ada orang lain nak text call ws, senang sikit kau nak ubat luka lama tu. 
Jangan pernh berharap yang ex kau tu akan datang balik
Pegang nie "DIA TAKKAN DATANG BALIK. TAKKAN !!!!!"

8) JANGAN STALK 
Bongok jangan stalk. Sumpah jangan. Pergi mampus sama dia nak buat apaa. Mati pun lagi bagus. Block sekali semua yang ada kaitan dengan hidup dia. Padam jea account twitter tu buat yang baru. Follow hanya mereka yang takkan pernah sakitkan hati kau jee !!

9) pergi mintak maaf dengan semua orang. Tak kira siapa. Semua
Dm sorang sorang bukan secara public on media sosial
Kau kene ingat, orang keliling kau boe tanggung dosa kau dulu. Dia tanggung dosa kau berzina dengan ex kau tuu tau. Dia tengok dia dosa jugak. Mintak maaf nie akan buat lau rasa tenang. Sumpah. 

10) cari member yang meroyan jugak.
Lepas tu buat group "bersatu kita bangkit, lupakan sengketa lama" kehkeh

Please please. Jangan meroyan kat media sosial macam aku dulu kahkah. 
Cari aku ni haa. Mulakan kata kata anda dengan "tityyyy aku nak meroyan"
Haa baru aku layan. Kahkah

11) haaa jangan keluar dengan member yang kenal ex kau
Sebab nanti mesti dia tanya pasal ex kau. Lepas tu nanti kau sedih lepas tu meroyannn kahkah

12) kalau ada reunion yang ada ex kau jangan pergiii
Sumpah jangan pergii !!!!!!! Aku cakap berdasarkan pengalaman !!

13)cantik kan badan
Hoyeahh. Hahahahaha. Okay nie dulu aku semangat buat. Sekarang malas. 
Come on, sexy girl, sexy !! Hahahahah work out dohh. Perut tu kasi flat. 
Sekarang aku dah malas. Okay malas. Sebab dah move on kot lol


Okay kau baca nie. Hadam elok elok

Orang keliling kau takkan faham apa yang kau rasa. Woii bukan takat tak faham. Dyorg tak kisah pun wehh !!! Please tak payah nak harap semua orang faham perasaan kau. Kau dah besar kan. Jaga diri sendiri. 
Kau ingat nie, orang keliling kau tu tak semua pun suka kau. 
Kau tunjuk kau jatuh, kau tunjuk kau kecewa, kau tunjuk kau sedih, kau tunjuk kau derita, kau tunjuk kau meroyan LAGILAH DIAORG SUKA !!!!

KAU KENE TAHU. SEBENARNYA RAMAI YANG TUNGGU SAAT INI. SAAT DIMANA KAU BERPISAH. SAAT DIMAN KAU DITINGGALKAN. KAU INGAT KAU SORANG JE KE ADA HATI KAT EX KAU TU ?! 


DAN YANG PALING KAU PERLU HADAM LELAKI LAMBAT MATANG.
USIA MACAM SEKRANG NI MANA ADA LAKI YANG NAK SERIOUS CINTA SAYANG RINDU KAU NAK  BUAT KAHWIN. TAKDE WEH TAKDE. DIA NAK ENJOY JEEEE NAK RASA KAu BILA DAH PUAS DAH DAPAT DIA AKAN BUANG KAU MACAM SAMPAH. PECAYALAH MACAM SAMPAH. AKU ULANG MACAM SAMPAH
SO kau tak payah nak "dia tak ingat ke 10 tahun lalui semua benda dengan aku sama sama" yeee memang dia takkan ingat. Serious dia dah tak ingat. Dia tak kisah pun berjuta tahun hidup  dengan kau. Yang dia tahu dia dah dapat kau dan dia dah bosan. Aku ulang. Dia dah bosan. Dan bila ada betina lain sibuk menggeletis dekat  dia, lagi lah dia suka !! Kau tu apa, dia pandang pun tak dah.

Memang perit nak hadam kan? Tapi wehh wake up dohh. Move onn. Sampai mampus pun dia takkan datang balik.

And last.

KEBAHAGIAAN ATAS KEJATUHAN ORANG LAIN ADALAH KEBAHAGIAAN SEMENTARA !!!

Dann 
KAU TAKKAN PERNAH RASA BETAPA PERITNYA KEKECEWAAN TU SAMPAILAH SATU MASA NANTI KAU RASA SENDIRI. SEKARANG MEMANG KAU HAPPY. TAPI KAU PUN TAK TAHU KAN MASA DEPAN KAU. so aku nak wish GOOD LUCK

Nahh aku rasa aku nak buat group ws untuk team aku nie lah. Hahahahha sape nak join group ws i, nanti coment dekt insta ehhh

DAH TU JEE BYE

Sunday, September 20, 2015

Jementah, Johor



bismillah

hello everyone !!!! kehkeh keh
Banyak jugak aku drafting tapi tak post. Busy beb tak sempat nak transfer gambar masuk hard disk.

4&5 september yang lalu, saya dan rakan rakan telah pergi ke camping luls

okay okay, ni first time aku hiking. dulu pernah sekali, tapi hekelehh panjat gunung yang jalan tar tu jeaaa pun masa form1. itu pun rombongan sekolah. come on, ibu ayah aku kot. nak pulak dia bagi aku pergi buat benda benda ceniiii.

KELAB PEMIMPIN REKREASI


so mula mula aku rasa kelab nie hambar. aku dengn ima jea kot budak cs. lagi 23 org ladang. pehhhhh sedih tauu.
lepas tu, ada something bad happen to me, yang aku call syimir melalak lalak tu sebab tak tahu nak cerita kat sape masa tuu. hari hari jugak lah balik rumah menangis cerita kan housemate. bahahahaha tak matang. i just cant handle it. luls

nahh, nie camp yang aku pergi. 2 hari satu malam jea. alhamdulillah dapat lah jugak tidur satu jam lepas malam sebeum pergi tu tak tidur sebab siapkan surat event arecs dengan study calculus untuk test masa hari nak pergi tuu. engko bayangkan lah betapa heaven nya gua dapat tidur dalam bas semasa perjalanan pergi tu. kehkeh.

petang jumaat tu kitorg gerak. macam biasa janji melayu, katanya nak gerak pukul 3 petang. aku dengan ima punya lah tahii rushing sebab sebenarnya kitorg ada test petang tu. tapi sebab camp nie, kitorg pun kene amek dulu dekat bilik lecturer. sumpah lah kalau boleh elak dari amek depan lecturer elakkan lah. perasaan dia, tak boleh lah nak fikir. calculus kott. amek sorang kot.

lepas tu, sebab malam sebelum tu gua busy dengan test calculus dan surat jemputan tu. makanya, aku pun baru pack beberapa jam sebelum perjalanan.

 kelam tak kelam lepas aku dgn ima siap semua, bersungguh lah pergi makan dulu, lepas tu terus bergegas ke tempat menunggu tu. hampehhh, biarpun kami org terakhir tapiiiiiii tahinyaaa bas tak sampai sampai.

okay, takpewww,

sesampai nya kami di sana. kami pun kene mula berjalan kaki. tapi tak ingat berapa kilo meter sebabnya bas tak boleh masuk sampai dalam. dia hantar kitorg kat mana tah. kitorg kene jalan dalam keadaan hujan lebat. wehh jauh wehhhh. dah lah guider tu jalan laju nak mampus.

ini merupakan pemimpin pemimpin rekreasi engkorangggg. nak rekreasi, tanya lah kitorg do and dont. acahhh jeaa kannnn. ehh tapi buku note aku penuh warna warni tauu pasal rekreasi.


nasib baik stamina aku standard standar atlet. luls aku ingat, aku dah berapa bulan tak workout, aku lah yang paling tahi, rupanya aku mampu setanding dengan guider laju nak mampus tuu.

okay. sampai jea tempat camping, kitorg solat makan semua sampai lah lepas isyak kitorg buat unggun api. lepas tu buat ikatan pende semua tuu. sampai lah pukul 2 kot baru dapat tidur. lepas tu kene bangun pukul 3 pagiiiiiiiii. alahai lahaiii
lepas tu pukul 4 hiking. dalam gelap gelap tuu kannnn. ima kat depan aku. belakang aku am. so both
protect gua yang lembik nak mampus  nii. bhahhaa


gelap kot sumpah gelap. macam malam malam tu, aku punyalah jaga kasut aku, sebab masa pergi tu kan kitorg jalan dalam hujan kan, so kasut baju aku semua basah. baju yang aku pakai tuuu sebenarnya dari basah sampai kering. seluar jea aku tukar. lain tak mampu nak tukaqq. dengan toiletnya tiada. survival kann, nama pun camping.

aku hanya mampu duduk dekat unggun api jea keringkan baju dan kasut. dengan contact lense tak bukak bukak. aku fikir aku dah lah ganas nanti patah pulak spec dalam hutan tuu.

lepas tu sampai dekat air terjun jeram tinggi. sampai sampai jea semua dah melepet. aku jea steady lagi, masih mampu berdiri tegak, dudk atas batu menikmati udara segar (sebenarnya aku elak dari pacat jeww)


lepas tu dah satu jam rehat tu, aku dengan ima join lagi 12 laki dengan sir naik lagi sampai puncak. kitorg lalu 3 puncak. naik naik je dah jumpa ulat gonggok besar nak mampus mana tak gelisah.
lepas tu elak diri dari digigit pacat. aduhh duhh duhh. hahahaha alhamdulillah aku tak kene gigit langsung. well, teknik penting guys.

masa naik nie lagi mencabar. woiiii sampai satu tahap memang takde belok belok terus mencuram tinggi nak daki. memang tak lah nak kawal perasaan masa tu, sampai nak jatuh jatuh (dah jatuh) nasibada amm. cehh aku puji siak.

ni masa kitorang rest kejap. yelaaa, tinggi nak mampus kot. oxygen pun makin lama makin fuhh fuhhh.

kau tengok poko belakang tuuu, besau nak mampus. ya Allah. pakcik tu kata, dyorg  pernah ukur, enam orang dewasa lelaki keliling tuu kot lebar dia. 


 lepas tuu sape tah depan aku tuhh, aku pun tak tau apa nama dia. tapi aku lah yang selalu tarik beg dia (aku dengan ima jea kan perempuan, ima tak bawak beg pulak tu) habis nak tarik sape lagiii. sape suruh sandang beg, kan aku dah berpaut. kehkeh
azamin tuu haa depan sekali tuu


lepas tu, lepas tu, ada lahhh benda jadii.
semuanya sebab azamin !!!!! dendam duhhh

lepas tu dalam 3 ke 4 jam panjat gunung tu, kitorg pun pulang ke tempat asal (tempat dyorg air terjun tu)
 
ini masa kitorg dan sampai balik dekat air terjun tu, kitorg jea belum mandi k. yang lain semua dah melepet siap mandi. kuajauuu

sebab semua dah mandi, takkan aku dengan ima je nak mandii enn. maluuuu kehkeh. so kitorg takat masuk air sampai paras pinggang, buang lah apa yang patut setelah sekian lama manahan. lus
teknik guys teknik. sutvival


lpeas tu, sebelum nak kembali ke tempat asal, kitorg diarah untuk kemas apa yang patut. betul lah tu, alam sekitar kene jaga kann. 


engko jangan caya muka muka suci dyorg ni. nie semua tak salin baju dah dua hari. semua takat takat rendam dalam air keluar keringkan baju.

okay, kami pun pulang ke tempat perkhemahan ( haruslah gambar aku lebih sikit. mamat pegang gopro tu depan aku masa turun. hekhek



Aduuh duhh duub duhhh kau jangan lah percaya dengan tarikh. Gopro tuu tak set tarikh betul. Alahaiii







sampai jea kat bawah ( tempat kem, kitorg kemas kemas, mandiiii yeayy !!!  beriang ria dengan budak perempuan lai n) masa ni baru aku rasa kita semua unite. sebelum kem nie ada yang tak cakap (aku dgn ima ahh segan dengan korg sebenarnya)

tengok semua baik jea, ciss bila masa makan tu baru lah tahu perangai semua camm tahiii. (tak banyak gambar dengan perempuan perempuan sangat sebab battery phone semua low)


okay, aku nak cakap thanks dekat manusia manusia yang ada untuk backup aku. wehh protective sangat budak kelab niii. baru tahuuuu. aku dengan tak stabilnya. sumpah banyak kali nak jatuh tau. dengan panjat pokok yang tumbang pun susah nk lepas. siut betul. tapi dengan adanyaaa am dan azamin dekat belakang, satu barang pun dyorg tak kasi aku bawak, lepas tuu am aahh yang banyak tunggu sebab dia kat belakang aku enn. imaaa jahat sikit. selalu tinggalkan akuu. ekekekke.

ehh harus lahh ada gambar sis sorang, keh keh.


Best k hiking. Seriously korang kene try. Korang duduk terperuk kat rumah je kan, bila hiking ni baru nampak dunia. Indahnyaa ciptann Allah. Gituwewe

terima kasih semuaa

Saturday, June 20, 2015

#tityturns19

Bismillah 
Hai. Assalamualaikum. Sihat tak? Hahahha
Okay, dikesempatan yang ada nie, aku nak ucap ribuan terima kasih kepada semua yang telah hadir dah stay seterusnya memeriahkan kehidupan aku. Tidak lupa juga kepada mereka yang telah hadir dan pergi.terima.kasih.kerana.pernah.datang.memberi.saya.erti.hidup.dan.saya.hargai

Alhamdulillah!!! Im officially 19 on 4 june 2015!! Dah lama dah kan? Tapi baru nak update #sisbusy

Aku dah 19 duhhh. Semua benda berubah. Aku pun dah berubah. Hahahahahaha

Okay since aku dari tingkatan satu sampai 19 tahun nie menetap belajar dekat kawasan terpencil jea kan, maka aku pun berubah mengikut situasi. 
Disebabkan line internet kat sini tak berapa baik, aku pun melatih diri aku supaya tak berapa melekat dengan telefon. 
Aku dah le tak suka menunggu. Lepas tu bila nak balas ws korang nak kene tunggu ws connected dulu baru boleh send mesej. Memang tak lah sis nak duduk jea dekat tepi tingkap tu tunggu internet kan *dekat kolej nak cari line kene letak phone dekat tingkap*

Sebab dah biasa kat kolej malas nak balas ws orang, kat rumah pun terikut ikut. Pegang phone pun scroll ig, twitter, group ws yang borak tah hape hape, balas ws penting *tak pernah pun aku rasa ada yang penting even group family belah mak aku duk tiak tiak "ika mana ika" pun aku blue tick kan jea, nie kan pulak ws awak, sayang* 


So Reason tak balas ws korang sebab line nie accepted tak? Haha

Tapi seriously, kalau kau ada apa apa masalah, nak mintak tolong apa apa ke, serious, apa apa, just ws jea tapi mulakan lah dengan ayat "tity, nak mintak tolong" or else ayat ayat yang nampak urgent, baru aku semangat sikit nak bukak ws tu, kahkah

Lepas tu kat rumah pun aku busy kan, aku pun tak tahu apa yang busy tu, takat kalau bosan pergi pasar beli bahan, google internet nak masak apa, masak kasi adik makan lepas balik sekolah. Lepas tu bila petang tunggu ibu balik kerja lepas tu pergi dataran jasin teman ibu jog. Busy le tu kann? Kah

Banyak lagi tau yang berubah pasal aku sejak sejak umur 19 nie

Aku dah tak boleh makan mangga. Dari kecil sampai besar tu le paling favorite. Tapi skrg kalau makan jea muntah balik. Masa first time jadi centu aku relax je ingatkan biasalah perut kosong ke kan tapi nie dah 2 3 kali jadi, memang tak lah nak makan lagi. 

Tapi muntah muntah ni macam biasa dah jadi kot. Penat tau. Perit rasanya.
Nie sebab tak jaga makan kot. Biarlah, hidup jea lagi kan? Lol

Okay, aku dah tak berapa minat makan durian. Nie lagi luls. Nak bau pun sensetipp sekrang. And idk whyyyyy. 

Apa lagi eh?
Haa, aku takde perasaan duh nak tengok laki skrg. Bhahahahah 
Tapi tipu lah takde perasaan langsung kan. Kalau laki hensem sado lalu depan mata, aku pandang jugak lah. Gila kau nak lepas peluang. Rezeki kot. Luls

Bukan takde perasan. Cuma malas nak layan. 
Bukan apa menyirap duhhhh, orang duk kata playgirl lah apalah. Aku takde niat pun nak mainkan perasaan orang. Orang jea selalu mainkan perasaan aku. Luls

Bila layan lebih, ws 24/7 orang anggap lebih kawan. Bila balas cakap hai orang kata melayan. So apa kata kalau aku ubah persepsi semua. Terus tak layan langsung macam lebih baik kan? 
Bukan tak layan langsung. Aku balas je kalau orang ws tu. Tapi kalau nak layan berlarutan, memang serious, malas. 

Haha tapi serious weh, umur 19 nie, crush makin ramai. Selalu tukar tukar. Lol 
Ye ah, aku single kot. HAHA


Mata nie, melilau jea. Tapi bila minat sape sape, takat tanya kat orang lain pasal dia, simpan diam 
*tapi kalau aku minat sape sape, memang mustahillah, tak kecoh enn* 
Lepas tu stalk crush, lepas tu lepas tu, semua tu kejap jea. Nanti bila tiba tiba crush kata hai dekat wc, aku tiba tiba takde perasaan dah. Haha banyak kali dah jadi. Sampai member pun marah "kau nie dulu bukan maik bersungguh nak dia, nie dia dah tegur layanlah bongok" 
Lantas kami pun berhuhuhu 

Baru suka kot. Aku single kot HAHA normallah, minat ramai orang. Aku minat diam diam je eh. Tak sampai pun org yang aku minat tu tahu. So maksudnya tak effect pape punnnnnnnnn

Selain dari minat terhadap lelaki, minat aku turut mendalam terhadap makanan. Luls. Makanan kot. Takkan nak tolak? 
Sejak sejak aku dah boleh drive nie, makin teruk pulak makannya. Pantang ada makanan trending, terus aku mencari sahabat yang kelapangan, lantas menghidupkan enjin dan memulakan operasi tersebut. Lagi lagi bila student nie kan, ibu dan ayah pun turut memanjakan aku, aku nie, kalau duit belanja seminggu tak cukup jea, mintak ibu ayah, tu yang ada jeee duit nak ber'food hunting' tuu

Mustahillah dah banyak makan tapi tak gemuk kan?! Berat badan sekrang hampir mencecah berat badan masa form 3. Maigaddd emuknyeeeee 
Tapi peduli hape aku. Serious skrg macam tak kisah duit habis dekat makanan je ehh. As long as dapat makan, persetankan semua !!!!! Nest mission : dip n dip. Tunggu dak abang balik je nie. Ibu mana kasi aku keluar melaka dengan teman. Nak ajak ibu ayah, pulak dyorg nak layan, pergi ioi semata mata nak layan aku makan coklat. Memang tak lah !!! 
Dak abang, mungkin akan layan kot.......mungkin
Serious duhhh craving for it since a few past month

Lagi satu perangai kalau nak makan, makan jugak. Well, as u all tahu, aku gila tak boleh kalah dengan cekelat enn, jadinya, hari tu aku bersungguh gila nak ajak parents aku holiday at langkawi tau, masalanhyaa bersungguh. Pada mulanya ibu aku pun layan lah, nak cari hotel pe semua, tapi since langkawi tu dah banyak kali pergi ibu pun tanyalah aku "asal nak sangat pergi langkawi nie? Pergi tempat lain lah"

Aku pun jawab "alaaaa, nak beli coklat........" 
Lepas tu ibu pun kata tak payah pergi. Pergi kirim duit kat kawan kawan yang pergi langkawi tu tolong belikan.luls impian tak tercapai

Panjang kan cerita. Okay, hari nie aku bagitahu lah pasal birthday aku this year. Last year kan aku sambut masa first year jadi mahasiswi, so hambar lah kan. 
Tahun nie alhamdulillah. Dekat rumah yeayy !! Tahun lepas tu je sekali bukan dekat rumah. Hotak dia sedih. 

Macam tahun tahun sebelum nie, first wish mesti senior sekolah. Luls
Tahun lepas brother tu wish beberapa hari awal sebab dia nak fly somewhere. 
Lepas tu tahun nie ada brother tu wish sehari awal 
#sisterharu 

Okay untuk the real 4 june, zharif lah. Dia ws tepat 00:00 lol sanggup tunggu siut 
Lepas tu sebelum tepat 12 malam tu chuya wish sebelum dia tidur #sisterharu

Sebenarnya kan, every 4 june, kalau aku kat rumah, ayah aku selalunya akan ambil cuti. Same goes to this year ah. Ibu takde, meeting dekat putajaya

So aku and ayah had our lunchdate 
ayah memang macam tu, dia sweet sebenarnya, tapi dia tak tunjuk. masa tu dia nak g surau, dia kata.siap lah, balik kang keluar makan. macam tuuu jeee
sepatutnya masa hri kejadian, aku dengan ayah nak pergi memancing *tu bukan hobby aku sangat pun, tapi sebab mana mana ibu ayah pergi aku kerj ngikutt jea, so kira jadi favorite job jugaklah kannnn...*
memang almost every year, since ada boyfriend dulu pun, kalau hari bertuah nie, memang jadi "a day with ika" 
sebab well, anak perempuan kann... hahaha
lagipun, birthday aku jea cuti sekolah

Lepas tuuu malam tu makan malam, ada aku ibu ayah jea. Yang lain takde
Dah besar duh. Aku pun malas nak sambuut sambut nie. Nak orang wish jea lol


Memang dari kecik doh ditakdirkan berkawan dengan manusia manusia gonjol #sisredha
nie dania, budak sekolah ayat yang penuh dngn sembngat
kan? Hahahahahah

ima, roommateee kau tengok ayat dia, banyak copy paste dari ayat aku masa aku wish dia dulu hahahahahahaah jngan ingat aku tak perasan

kak tikah nie akak rumah sem 2. Tak matang tu dia tau sebenarnyaa

awin ,gambar nie masa hari graduasi sekolah, posing tu idea adik sayang awin. hahahahhaha aku gelak kau upload gambar nie

kau tengok, nie syera budak U. gonjol kaau tengok gambar nie, dia tutup keginjolan dia

hawau kan caption hafiz? Kuang ajaaa 

nie kath, awek dak bang banyak ahh caption dia #sisterharu

human flag darii faz lol masa nie a day before birthday kami berfood hunting di muar. Jauh kannn? 

ini dari instafemessssss, ellin kahkah dia suruh aku kahwin cepat sebab nak kurang carut. Dia tak tahu azam aku nak maki laki aku hari hari bila stresss

ahahahahah nie seumpah gambar masa form two. kak elis nampak tak matang gila dalam gambar. Maksud diatity budak baik sebab dia selalu teman aku bersihkan locker lepas tu nanti dia tolong makan kan makanan hahahaah rinduuuuuuuu masa zaman dulu. Nie akak senior tau masa dekat sekolah duluu

okay, nie dari atuk aku lah kann.....hikhik

kau tolong lah baca comment dari brother Bokhari Munirah tu. luls dia tu kerja dekat klinik selandar, and he still remember me. rasa macam nak gelak guling guling


eny hawau duhh. nasib aku sahabat yang bauk.  Kau kawin dulu kot. Kau lagi gatal hahahahahahah

nie si gonjol abadi. nurul abiu kannn ayatt


gambar nie masa terserempa dengan faree kat mydin mitc

nie pun  akak rumah sem 2, kak tasyaa. Dia bie tak matang gilaaaaaaa haha that"jangan tutup lampu tuuu" haha dia sanggup tunggu aku keluar pergi meeting dulu baru dia mandi tauu!! Hahaa


nie fifa, budak benz. Kau tengok dia wish pun dah tahu dia nie tak matang kannnnn

erin, budak sekolah, masa dinner aspuri


majaaa !!!! hawauuu !! sumpah gambar nie hawau

zanie banyak gambar buruk aku, aku sabar jeaaa. tunggu ehh nanti

nie dari anak tan sri ahh , akak ku sayang, nazihah jamal


NIE LAH YANG PALING SPECIAL, DARI IBU KU SAYANG, ramai kawan kawan dia yang wish, tapi sis tak mampu nak balas satu satu. sis tekan button like jea. biasalah, aku sorang jea kot anak dara, mana mana pergi mesti dengan ibu kan, gila lah kalau takde orang kenal. heheheh
tapi too bad,  masa ibu wish nie, dia tengah meeting dekat putrajaya #sissedih

gambar diambil oleh seseorang ketika kami sama sama menikmati seoul garden, iffa belanja tahu  lepas

kau tengok, tu lah comment paling win, dari sedghaaaa yang ARIFATULATIQAH tu. sis sedih tapi sis gembira, haha
Dulu senasib tapi sekarang nasib menyebelahi dia. She deserve it. Semoga cepat kahwin sis


nie meaa. kuang ajar kannn. hahaha


banyak sangat wish, ta sempat nak screen shot semua, sorry kalau ada yang terasa. yang ws, text, wc personal semua memang aku tak nak tunjuk tau, biarlah ia antara kita sahaja. hikhik. thank you semuaaa sebab sudi ingat kitaaa !!

satu kelainan yang aku buat pada tahun ini, aku tak guna langsung free call yang aku dapat !!!!!! hahahaha tak tahu dn malas nak bergayut di telefon lama 
 lagi satu, kan aku cakap crush ramai sangat, sorang jea crush aku yang wish!!!! hahahahahahahaha kesian kan?

And if youre one of people yg wish i, thats mean u mungkin someone that i crush on hahaa

yang officially crush, tak wish pun. dah beberapa tahun dah dia tak wish. sis mula mula haraplah jugak, tapi ala bisa tegal biasa kannnn.... sis redha jeaaaa. 






kau tengok muka budak belakang tu. aku tengah dinner, tiba tiba dia main acah acah dengan aku. memang paling mecceriakan jugak lah. tapi  masalahnya masa tu aku tengah selfie. tengok tengok dia dah ada dekat belakang lol
Okay semperna dah 19 tahun hidup nie, aku nak mintak maaf untuk semua salah yang aku lakukan samaada sengaja atau tidak

Pengakuan untuk tahun ini 
HAHA 
okay, untuk sesiapa sahaja, samaada korang perasan atau tak*but i know mostly dah perasan and maybe macam"hekeleh ingat hot agaknya nak main unfollow unfollow orang" 
Okay, im not just unfollowing you, aku terpaksa block and unblock korang so jadi lah aku tak follow korang, korang pun tak follow aku. 
Aku terpaksa. Daripada korang terus benci tengok apa yang aku buat better aku elakkan, lagipun aku macam nak move on, so aku terpaksa buat semua benda tu supaya aku tak payah lihat apa yang tak patut aku lihat. Aku tak kuat. Masih dalam proses luls
Okay seriously sorry. Aku cadang nanti bila aku dah kuat, aku akan start all over again. Tapi tak tahu lah bila nak kuat tu kan. doakan lah baik baik


NURUL ATIKA BINTI FAIZATUL AZREEN OFFICIALLY 19 !!

"dah tak payah update pape paal dia dekat blog, update pasal saya jea lepas nie"-'adik' lol

baiklah, rasanya sampai sini sahaja update buat kali ini, panjang kan?
alaaa aku sekrang selalu busy, tak sempat nak update, anggap jelaa update kali nie cover sekali dengan update untuk akan datang. luls

baca separuh separuh eh
thank you loveesss !!
Selamat berpuasa. Semoga puasa nyaa full !!

Sunday, June 7, 2015

kerja part time

Bismillah


Okay, hari nie aku nak happdatee pasal kisah kerja aku. And as everyone know, everytime holiday, aku mesti kerja. Kahkah. so hari nie aku nak cerita kat korang pasal kerja aku, macam mana aku dapat kerja and tengoklah apa lagi yang aku nak type.

aku tak boleh sangat duduk rumah. aku kene ada benda nak buat. boleh jea kalau nak keluar hari hari. kereta ada semua ada. tapi duit pun mesti ada enn. aku kalau takde duit je minta ibu ayah duit. memang lah dapat jea duit belanja tu, tapi taikkan hari hari nak mintakkan. tak manis. kita dah dewasa, kene fikir semua nie. hahahahahhaha luls

and aku tak suka duduk rumah. memang lah aku suka masak suka makan, tapi kau boleh fikir tak, tkkan aku 24 jam nak masak jea kan. mesti banyak masa untuk aku berfikir. korang pun boleh rasa apa yang aku fikir kaaannnn. nanti bila aku fikir aku nangis. luls


Sekarang aku dah 19. Cehh padahal baru hari nie. Okay, aku start kerja masa aku 18. After spm. Masa tu excited gilaaaaa nak kerja. Tapi ibu tak bagi siutt. tapi ahhh aku peduli hape. hahahahah, aku usaha tau carik kerja. aku jalan jalan kat mall semua. lepas tu jumpalah vacation

first.
kedai baby.
best kerja sini. hari hari hadap baju cumels cumels sambil membanyangkan masa depan. kahkah.
macam mana aku boleh kerja situ?
masa tu aku jalan jalan dengan ibu, nampak vacay kat kedai tu, aku pun tanya, ibu yang tanayakan sebenarnya. lepas tu di suruh tinggalkan number. then a few days later, orang tu call. suruh datang iv,
aku dtang pakai tshirt biasa dengan tudung hendooonn jewww.

lepas tu dia tanya aku itu ini. aku pernah tulis entry pasal nie. scroll sampai bawah lah. malas nak type
best sangat kerja sini. aku kan suka budak. tapi budak budak tu mesti bawah umur 5 tahun dan tak mengada. kalau tak, memang aku sebat ahh budak tu. everytime customer datang ea, mestilah bawaak anak kecilkan, yang bestnya aku lah yang layan budak budak tu. sebab ada lagi sorang pekerja. akak tu dah kahwin so dia lah yang layan ibu bapa sekalian. aku main kejar kejar jea dengan budak budak tu. as simple as that, gaji pun masuk.
lepas tu aku kerj 4 hari jea wehhhhhhh. sedih tak? sebab? aku ada tulis jugak. pergi scroll sana

second.
tadika.
tadika nie tadika aku masa kecik kecik dulu. aku ada story pasal sejarah tadika nie. juga dalam entry sebelu sebelum nie. macam mana aku boleh berada di sini?\
cik ima, cikgu aku masa tadika kat situ dulu, dia yang cakap kat ibu suruh cakap kat dak ika, kerja jaga budak kat sini. macam macam kenangan duhh kat sini.
macam macam jadi.

pasal budak kencing dalam seluar masa tu aku sorang jea yang ada. pernah jugak ada budak berak kecing dalam selua, tapi biasa cikgu lain yang settle kan. tapi ada sekali nie , aku sorang jea yang ada, boleh pulak budak tu kencing dalam seluar, atas tilam lak tu. eeee aku dah lah tak boleh buat benda benda macam nie, aku amek mop, bersihkan apa semua sambil berlinangan air mata. omg aku serious tak boleh duhhhh buat kerj kerja berak kencing nie.

pasal sampah tak hape semua tu aku selalu cerita kat budak budak nie dalam group wws aku. well, tity bukan penyabar sangat kannnnn.
lepas tu, aku tak suka gila minum susu. so aku tak reti nak buat susu budak. masa tu macam biasa, aku tinggal sorang. lepas tu aku kene buat susu untuk dyorg. lepas tuuu aku serious tak reti. luls.
aku pun text  Iz. i asked him how lepas tu dia ajar satu satu
"u letak susu berapa sudu, letak air panas, u bla bla bla"

lol kan tak reti buat susu? hahahahaahahhahaah terpaksa jatuhkan ego tanya member. laki pulak tuhhh.
aku duk jaga budak, ajar abc, ajar mewarna, ajar mengaji, sampailahhhh  aku nak masuk U.  bulan 5 aku berhenti.

third
cashier\
masa nie aku cuti sem. lepas tu, aku kan tak boleh duduk rumah. aku pun berusaha cari kerja. aku nak kerja tapi malas nak cari. jadinya, aku pun pergi lah mall.
kau tahu tak. dari kecik aku memang nak jadi cikgu, lepas tu aku nak sangat rasa jadi cashier.
aku pun pergilah mintak jadi cashier.
orang selalu cakap.biasa kalau cashier nie dia akan pilih yang cantik cantik hensem hensem jea. aku pun okaylah, masa mohon tu tak berharap pun. sedihhh tauuu tak cantik nie. sellau kene pinggir.

aku pergi mall tu, tanya guard mana nak mintak kerja. lepas tu guard tu tunjuk direction. so aku pun pergi lah. aku kan independent. aku bawak sijil spm apetah lagi natang. leps tu tiba tiba dapat jadi cshier sebab masa tu dyorg nak sangat cashier.

cashier punya gaji memnag banyak sikit. kau bayangkan leeee.cahshier tu department first yang bukak and last yang tutup. banyak jugak lah OT. lepas tu aku kenal dengan ramai orang

apa yang aku belajar masa jadi cashier. kalau kau cantik, kaunter kau slelau que. maksudnya ramaiiii jeeeee. tapi kalau tak cantik, kerja kau duduk jelaaaaa. hahaha

lepas tu, biasa lah kan. customer mest ingat kau kalau dia selalu datang. alaa macam macam macam jenis lee manusia kau boleh jumpa.
mujur aku nie dikurniakan sifat suka senyum. erkkk hahahaha jadinya potensi aku nak gaduh dengan customer tu kurang sikt. sebab customer pun tak sampai hati nak marah ennn.

lepas tu enn, aku nie cashier jea pun. tapi entah pahal tah. tak sampai sebulan kerja, satu mall kenal. bhahahahahaahhahaah

akak cashier lain pun duk perli "akak nie dah lebih setahun kerja, takde orang pun kenal, kau  tak sampai sebulan, semua dah kenal. ewah ewah ewah" lol kannn?
haha

entah cane tah tiba tiba boleh femes.
masa aku mula mula masuk kerja enn. ada dua orang jea 18 tahun. aku dgn sorang mamat tu. disebabkan semua tua, aku pun panggil lah dyorg akak dan abang dan bahasa kan diri "kita" acah sopan sikit, tempat orang

lepas tu, aku masuk masuk jea dah rapat dengan akak akak. so gangster sikit ahhh. hahaha tapi supervisor aku tak tahu pun Atika tu aku. so setiap kali nama atika naik, dia marah orang lain.haha kesian.

ohh, aku femes sebab, maklum lah, remaja, muda lagi pulak tu kaan , masa aku masuk tuhh, ada sorang mamat nie. dia DA. dia lee, tiba tiba nampak aku, pergi pandang pandang lepas tu kirim kirim salam. lepas tu aku puunn single kot. ahahahahahhah tak tak. masa tu aku kene jaga kaunter bahgian luar. memang takde orang pun. so dia pun dengan beraninya pergi lepak tempat aku. sebab aku bosan, aku borak jelee dengan dia. lepas tu dia ada bagi note tau, siap tinggalkan number phone. lol

lepas tu lagi lol nya dia boleh pulak tunggu aku setiap kali waktu balik. jadi workers lain yang lalu lalang pun selalu nampak dia tunggu aku. dia tu DA, femes, selalu masuk pejabat, satu mall kenal dia. apa lagi, riuh lah sekampung "si DA tu, dengan budak cashier baru, hari hari tunggu balik"

lepas tu tak sampai sebulan pun, aku pun berhenti. berakhir lah kisah kami. kahkah

4th\
 jaga kedai
kedai tu macam kedai runcit. dalam mydin. baru brhenti last week. aku cuti dua bulan, tiga minggu terakhir baru cari kerj sebb dah tak tahan duduk rumah.
aku pun, tiba tiba dapat pulak kerja

boss tu desperately nak pakai pekerja. masa tu ibu kata takpayah tapi akukesian. aku punnnnn kerja lah
boss kat situ india. tapi macam tahi sikit. semua kerja aku kene buat. ada dua pekerja sebenarnya. lagi satu india. perempuan. okay jea dia tuhhh. boss aku jea tak okay

masakan tidak, pekerja dia semua berhentiiiiiii.
dia jahat duhh.
aku cerita nie sebab nak suruh korang berhati hati.
kau bayang kan, semua supplier yang datang semua duk"ehh pekerja baru lagi" hahahahahah teruk enn.
memang best, semua supplier datang especially spplier gula-gula kapas. dia bagi aku free jea tauu. tapi dia datang seminggu sekali jea. aku kerj dua minggu. sekali jea jumpa dia. pakcik tu siap offer"awak ikut pakcik balik kedah lah. kita pergi kilang gula gula kapas" favorite duhhh benda tuhh. haha
best tauu jumpa supplier nie. semua free. hahahahaha

okay boss aku apa apa jea dia suruh aku. mungkin aku salah step, aku tertunjuk rajin pulak depan dia. habis dah semua kerja dia aku kene buat. fail fail dia pun aku yang betulkan. tahii

pekerja sebelum tu ramai berhenti sebab dia tak bagi gaji. terukkan?
dia panas baran jugak. selalu marah workers dia. masa aku kerja tuh, orang sekeliling semua pesan, nanti gaji dia tak bagi lah itu lah ini lah.

lepas tu, sebab aku nie student, aku tak lee bodoh macam dia fikir tuuu, dia dah le tak bagi aku berhenti. aku geram, masa dia call tu, aku marah dia.  masa tu aku nekad, aku nak berhenti masa tu jugak. sebab dia tak kasi aku berhenti, aku punnn text jea dia, aku last hari tu, aku amek gaji dari sales. lepas tu aku blah. dia call aku pun tak hangkat. tu jea

a few tips masa nak cari kerja.
1) selagi kau jumpa vacation, kau tinggalkan jea phone number. sebab, nama jea suruh tinggal kan number, tapi percayalah, dyorg takkan call balik. kahkah sebab tu kene banyak cari
2) masa kau iv kerja tu, jangan caap kau part time sebab mana ada orang nak cari worker sekejap jee. kalau boleh biarlee tahan lama
3) masa iv senyum, confiident, tunjukkan yang kau boleh majukan perniagaan mereka. luls sebenarnya bila senyum, kita akan lebih kelihatan menawan, jadinya, mudahlah menarik hati si interviewer tuuu
4) kenal pasti sejarah tempat kerja. jangan sampai kene tipu. taku at the end of the day, penat penat kerja, gaji tak dapat.

okay dah tu jea. sebab gua dah ngantuk.

Wednesday, June 3, 2015

semester 2 done

Bismillah

anddd yeahhh !! third sem gonna start soon !!! and alhamdulillah alhamdulillah 2nd sem's result was just... alhamdulillah. even banyak gila natang jadi, tapi aku berjaya focus study, stay up, 24/7 dekat ruang tamu dengan meja kecik, air milo every morning at 8 9, awal jugak lah kannnnnn, tinggalkan phone dalam bilik aanddd alll. hahaah

sem 1 result macam haram jadah, hilang punca hidup, masih belum move on. focus study hilang teruk. kau bayangkan, tengah study tiba tiba air mata meleleh. hahahahahahaa looser kann?

alhamdulillah sem dua okay, even banyak gila nak mateyyyyy benda jdi duhhh. balik koku nangis *member gua jea tahu* ya Allah banyak nya dugaan.
so now, i would like to story about housemates waa.


without syafiqah. dia busy jea. penat ahh.
okay first thing first, rumah aku aras tiga, kolej A. bilik b, macam biasa dengan ima. bilik A ada senior, kak tikah dgn kak tasyaa. bilik C ziqa dengan piqa. 









tengok gambar je ah, nanti bila aku free, aku cerita semua ehh. entah bila nak free tah, padahal berbulan dah cuti




Friday, April 3, 2015

Misi Bantuan Kemanusiaan

Bismillah

Haipp haippp lamanyaaaaaaaaaaa tak hupdateeeee. Busy angatt bahhahha. since my last update was about him, readers pun naik mendadak. mekasihhh. ahh korang, pasal don laju je. menyampah. tu last kot. member semua suruh padam, tapi malas. sebab readers ramai angatt. bahhaahahaahahah

K seperti yang semua sedia maklum, pada 22 ke 23 hari bulan 1 hari tu, aku ada join misi bantuan kemanusian ke Kelantan. Yg aku ingat aku gerak khamis. lain tak ingat dah.
sebenarnya dah lama dah entry nie ada dalam draft, malas nak upload gambar je. sebab tu baru skrg nak publish

Selasa(2 day before the journey)
Okay malam tu ada perjumpan tau, so kitorg pun pergilah perjumpaan. Aku dengan housemate aku nie bagi nama sama sama, so i expect that we will be in the same group. Sekali masa daftar aku dapat group 10 dia 9 kot. Peh pehh. Masa tu okay lagi tau. Sebab tak kesah lah kan as long as we still can be in the same bus and room. Sekali dia cakap group 10 tu bahagian makanan. Thats mean aku takkan pergi bersih bersih kan semua tu, dan paling best, group 10 akan bertolak awal sehari. Masa tu, pehhhhhhhhhhh. Aku tak kenal sesiapa kot masa tu. Lepas tu dalam list takde siapa pun ic start dari 96. Nak nagis tau rasa dia. Sedih angat.

Rabu(a day before)
Text pun masuk cakap perhatian kepada group 10, kita akan gerak jam bla bla bla kumpul di bla bla bla. Masa tu memang takde mood nak kemas tauu. Sebab cuak angatt. Dah lah aku diam kat sini, tak ramai kawan lak tuu. So aku dah fikir macam macam dah. Takut sangat nak jumpa semua orang. Lepas tu aku check list name, aku ada nampak 1 ic tu start dari 95, so aku pun text dia. Lepas tu malam tu aku ima dengan ziqa buat perkara yg sia sia. Konon nak tidur lambat lah sebab esok nak tidur jea kat dalam bas. Lepas tu ziqaa tolong lah pack kan. Hush. Macam mak mak tau suruh bawak itu bawak ini. Semua dia yg arrange. Sweet angaaaat. Hahahaha


Khamis(hari bertolak)

haa cuba cari aku kat mana, bhaha
Kau bayangkan, kau kene buat semua benda sorang sorang, kau tak kenal sesiapa. Haaa cuak tak. Hahahahah aku tak habis packing lagi tauu. So lepas subuh tu aku pun Sambung kemas. Lepas tu tengah kemas kemas tiba tiba zip bag tercabut. Ohhh mayyyyyy kelam kabut kot masa tu. Call syeraa call semua last last dapat jugak dari housemate syeraa, bella.  Lepas tu masa pagi tu baru lah aku nak makan antibiotic lah pagai. Ubat tu warna hijau tau. Aku pun telan lah. After few second, aku muntah balik. Yeayyyy muntah hijau kau tahu. Masa tu jugak lah nak sakit perut tahap gila nak mati, lepas tu kejut lah ziqa minta vicks, lepas tu boleh pulak kene marah dengan ziqa. Ziqa tengking tauu "amek lah kat tingkap" bhahahahahahaahaha pagi pagi kene marah. Kesiann kann. Selak lah langsir tingkap tu, yang ada hanya minyak merah. Sebab masa tu tengah sakitkan, tak fikir apa dah, amek minyak tu terus bukak, lepas tu boleh pulak minyak tu tumpah kat seluar. Kalau sikit takpe tau. Nie banyak, serious bau minyak angin dari jasin smpai kelantan bau tau. Dia punya pijau tuu pehhhhh. bayang kan kau tengah cuak takde kawan lepas tu ttbe semua benda malang jadi dekat kau. Sedih kannnnn. Hahahahahaahhaha. Pagi nak gerak, zip beg tercabut, kene muntah muntah, sakit perut, minyak merah tertumpah kat seluar macam macam kot.

Lepas tu after packing , kak  elly(the one that i texted rabu tu) dia call cakap dia dah sampai. So aku pun gerak ke tempat berkumpul. Lepas tu dalam kol 11 centu kitorg pun gerak.  Lepas tu, macam macam tempat kitorg singgah. Ada orang tu kann tahan kencing dari jasin sampai segamat.....hehe. Aku tidur bangun tak sampai lagi lepas tu tidur balik bangun tak sampai jugak lepas tu repeat lagi tapi tetap tak sampai. Eeeeeeeeee. Lepas tu kau tahu tak kitorg sampai UITM MACHANG  dekat pukul 1 pagi. Aku tak pernah pergi kelantan so aku tak expect pun lama centuuuuuu. Sedih tau duduk dalam bas lama lama.lepas tu dah sampai terus masuk bilik. Satu bilik tu ada 4 orang. Ada kak dayah, kak el, kak elly dengan i. Empat empat tu group 10, sama sama gerak awal tu. And they all senior degree. Sedih kan. Dah lah muka senua garang, takut tau.

Jumaat(hari pertama di kelantan)
Kau tahu, kitorg bangun awal gila sebab yelaaa, takkan datang awal awal takde kerja kan. Macam biasa lah, bila bangun awal, dia punya lapar tuuhhh. Pehhh. Tunggu punya tunggu takde siapa cal. Biskut kak el pun dah habis bantai. Kitorg pun turun cafe, makan. Lepas dah siap makan semua baru lah ada van datang jemput. Sampai dewan serbaguna(tempat masak) semua orng dah ada tengah makan. Sedih kann. Hahahaha. Lepas tu start lah kerja kerja merewang. Acehh pepiling anak dara sangat tau potong bawang, mesin cili etc etc. Masa tu lah baru aku kenal semua orang yg akubtak pernah kenal. Ohhh lupa nak bgtahu, aku kenal sorang je mamat nie. Budak ladang. Dia kawan erin. Duduk belakang aku dalam bas. Lepas penat cam baru ingat dia lah yg lepak sekali masa erin datang lawat aku dulu.

Tengah malam tu baru lahhh group 1-9 sampai ( which is all my friends there) Okay, kalau dah kene siap kan sarapan untuk sukarelawan, memang kene bngin pagi lah kann, so kitorg 4 anak dara tu pun kene lah bangun awal gila nak mateyyyyy. We decided to have  out bath before we sleep kot. Tidur pun lambat, bangun pun awal, so nanti bila bangun tu, gosok gigi terua gerak je g dewan. Tidur berapa jam je, bau sabun pun tak sempat hilang tauu.

Sabtu(2nd day)
dari kiri, kak ely, atika comel,kak dayah, kak el, kak ain.
Bangun awal pagi, buat sarapan, masak makan tengah hari, pack untuk dyorg. Lepas tu balik bilik kejap, mandi, tidurrrrrrrrrrrrr. Lepas tu bangun balik, pergi dewan, masak lagi untuk makan malam. Lepas tu, tengah malam balik.

Ahad( day3)
Kau tahu, kitorg kene bangun pukul 3 sebab kene siapkan maknan dyorg tu cepat cepat. Pehh nie lgi tak cukup tidur. Lepas siap masak tu, dlam pukul 5,6 kitorg terus tidur kat dewan tu jugak( dewan tu dewan serbaguna, tmpt kitorg letak maknan, tempat masak and another half tempat budak laki terlentang tiduqqqqq, adatilam jugak) tapi masalahnya kitorg perempuan ada 6 7 org tu tidur atas tikar je. Masa tu penat gila nak mampussss pusss so tak pikir apa dah. Pakai sebat je asal dapat tidur bhahaha. Masa subuh baru bangun.

Just imagine, aku kene bangun awal kot masak untuk korang, tidur kejap je, then kau expect aku nak senyum lebar lebar bila nampak korg dtg makan kat dewan tu? Muka sememeh lah siuttt. Lepas ru kata aku sombong. Buntut.

Macam biasa ah. Lepas masak, balik bilik, tidur. Kah. Aku rasa aku makan je siut kat situ. Kuang ajaaa tau kasi bahagian makanan.
Bila bergaul dengan orang tua tua nie kan, otak pun tercemar sikit. Kahkah.

Kau tahu, ptg tu, lepas siapkan makan malam dyorg, kitorg kene bergegas kemas semua peralatan yg ada sebb malam tu nak jalann kannnnnnnn.  So kitorg pun kemas cepat cepat, balik, mandi, tunggu budak laki kemaas  apetahh, terus gerak pergi wakaf che yeh( dah la group last yg gerak) sumpah masa tu aku lapar gila. Nama je group masakan, tapi tak dapat makan punnn. So semua org pun merungut. Jadinya, encik zul pun bawak lah kitorg pergi makan. Onomnom






okay nie kak el.
Masa tu balik pun dah berapa pagi. Balik tu kemas siiit sikt, terus tidur.


Isnin(last day)
Terlajak tidur. Bahahahahahha pukul lapan sebgah baru bangun. Padahal kene berkumpul pukul 9. Barng pun tak kemas lagi. Gelabah lah sikit.
Mandi laju laju, pack barang, terus gerak turun bawah. Lepas tu tunggu lah bas.


okay, nak abam abam kacak sikit.euuuu  
**lepas balik kelantan, ramaii duk usha abam abam group nie. sibuk duk tanya "yang pakai baju bla bla masa potong bawang tu siapa?" la, macam macam lah soalan. lupa pulak. 
Lepas tu berkumpul, macam biasa, group 10, satu bas dgn staf. Racist sikit. Tak payah nak rebut rebut bas.
akak manis. kah
 Kahkah. But still the last bus yg gerak. Tapi tak sama pun dengan bas lain, makan semua tempat lain. Sedih kan tak dapat jumpa ima? Bahahahahhahahaahha
entah, saipa tah ni, aku tengah jalan tibe tibe mintak nak ajak gambar sama sama. tak kenal pun
Dalam perjalanan banyak persimpangan , okay hambar. dalam perjalanan tu, kitorg singgah makan dekat terengganu. 
eeee comelnya, siapa nie. bahahahahahah k tak tak
. Lepas tu ehtah singgah manaana tah, pukl 1 pagi baru sampai uitm jasin. Sedih kan? Haha. But still jadi group first sampai walaupun group last gerak. Kahkah. Bangga tak?


In a nut shell, sumpah best gila, dapat kenal ramai orang(sebelum tu aku kenal budak dip cs, and a frw ladang je kot) lepas je natang nie, kenal ramai gilaaaaaa esp Abang akak MT(mostly aku tak kenal pun dyorg before tu) kahkah.

Ramai sangat ah, malas nak list. Bahahahhaahhahahahahaha. Yg aku contact and lepak sampai skrg, kak el. Yg lain, jarang gila nampak. Tapi kalau nampak they all still senyum lagi tau. Kira ingat lagi aku lah kann? Haha.

 and even ramai yang duk "untunglah, group 10, tak payah kemas kemas, tak penat"
hekelehhh, cakap boleh lah, tak penat, habis yg bangun awal pagi hari hari masakkan engkorang ni siapa? malas nak citeee. hahahahaha 
ehh, dia ajak gambar lagi
dari depan, kak shiaa, ima, tika manis

dia ajak lagiiii. tak puas katanya

tengok dia ajak lagi bhahahaha kbye

Okay macam panjang je. Cukup lah kot. Kah. Mekasihhh baca( muahh sikit)