Pages

Friday, April 3, 2015

Misi Bantuan Kemanusiaan

Bismillah

Haipp haippp lamanyaaaaaaaaaaa tak hupdateeeee. Busy angatt bahhahha. since my last update was about him, readers pun naik mendadak. mekasihhh. ahh korang, pasal don laju je. menyampah. tu last kot. member semua suruh padam, tapi malas. sebab readers ramai angatt. bahhaahahaahahah

K seperti yang semua sedia maklum, pada 22 ke 23 hari bulan 1 hari tu, aku ada join misi bantuan kemanusian ke Kelantan. Yg aku ingat aku gerak khamis. lain tak ingat dah.
sebenarnya dah lama dah entry nie ada dalam draft, malas nak upload gambar je. sebab tu baru skrg nak publish

Selasa(2 day before the journey)
Okay malam tu ada perjumpan tau, so kitorg pun pergilah perjumpaan. Aku dengan housemate aku nie bagi nama sama sama, so i expect that we will be in the same group. Sekali masa daftar aku dapat group 10 dia 9 kot. Peh pehh. Masa tu okay lagi tau. Sebab tak kesah lah kan as long as we still can be in the same bus and room. Sekali dia cakap group 10 tu bahagian makanan. Thats mean aku takkan pergi bersih bersih kan semua tu, dan paling best, group 10 akan bertolak awal sehari. Masa tu, pehhhhhhhhhhh. Aku tak kenal sesiapa kot masa tu. Lepas tu dalam list takde siapa pun ic start dari 96. Nak nagis tau rasa dia. Sedih angat.

Rabu(a day before)
Text pun masuk cakap perhatian kepada group 10, kita akan gerak jam bla bla bla kumpul di bla bla bla. Masa tu memang takde mood nak kemas tauu. Sebab cuak angatt. Dah lah aku diam kat sini, tak ramai kawan lak tuu. So aku dah fikir macam macam dah. Takut sangat nak jumpa semua orang. Lepas tu aku check list name, aku ada nampak 1 ic tu start dari 95, so aku pun text dia. Lepas tu malam tu aku ima dengan ziqa buat perkara yg sia sia. Konon nak tidur lambat lah sebab esok nak tidur jea kat dalam bas. Lepas tu ziqaa tolong lah pack kan. Hush. Macam mak mak tau suruh bawak itu bawak ini. Semua dia yg arrange. Sweet angaaaat. Hahahaha


Khamis(hari bertolak)

haa cuba cari aku kat mana, bhaha
Kau bayangkan, kau kene buat semua benda sorang sorang, kau tak kenal sesiapa. Haaa cuak tak. Hahahahah aku tak habis packing lagi tauu. So lepas subuh tu aku pun Sambung kemas. Lepas tu tengah kemas kemas tiba tiba zip bag tercabut. Ohhh mayyyyyy kelam kabut kot masa tu. Call syeraa call semua last last dapat jugak dari housemate syeraa, bella.  Lepas tu masa pagi tu baru lah aku nak makan antibiotic lah pagai. Ubat tu warna hijau tau. Aku pun telan lah. After few second, aku muntah balik. Yeayyyy muntah hijau kau tahu. Masa tu jugak lah nak sakit perut tahap gila nak mati, lepas tu kejut lah ziqa minta vicks, lepas tu boleh pulak kene marah dengan ziqa. Ziqa tengking tauu "amek lah kat tingkap" bhahahahahahaahaha pagi pagi kene marah. Kesiann kann. Selak lah langsir tingkap tu, yang ada hanya minyak merah. Sebab masa tu tengah sakitkan, tak fikir apa dah, amek minyak tu terus bukak, lepas tu boleh pulak minyak tu tumpah kat seluar. Kalau sikit takpe tau. Nie banyak, serious bau minyak angin dari jasin smpai kelantan bau tau. Dia punya pijau tuu pehhhhh. bayang kan kau tengah cuak takde kawan lepas tu ttbe semua benda malang jadi dekat kau. Sedih kannnnn. Hahahahahaahhaha. Pagi nak gerak, zip beg tercabut, kene muntah muntah, sakit perut, minyak merah tertumpah kat seluar macam macam kot.

Lepas tu after packing , kak  elly(the one that i texted rabu tu) dia call cakap dia dah sampai. So aku pun gerak ke tempat berkumpul. Lepas tu dalam kol 11 centu kitorg pun gerak.  Lepas tu, macam macam tempat kitorg singgah. Ada orang tu kann tahan kencing dari jasin sampai segamat.....hehe. Aku tidur bangun tak sampai lagi lepas tu tidur balik bangun tak sampai jugak lepas tu repeat lagi tapi tetap tak sampai. Eeeeeeeeee. Lepas tu kau tahu tak kitorg sampai UITM MACHANG  dekat pukul 1 pagi. Aku tak pernah pergi kelantan so aku tak expect pun lama centuuuuuu. Sedih tau duduk dalam bas lama lama.lepas tu dah sampai terus masuk bilik. Satu bilik tu ada 4 orang. Ada kak dayah, kak el, kak elly dengan i. Empat empat tu group 10, sama sama gerak awal tu. And they all senior degree. Sedih kan. Dah lah muka senua garang, takut tau.

Jumaat(hari pertama di kelantan)
Kau tahu, kitorg bangun awal gila sebab yelaaa, takkan datang awal awal takde kerja kan. Macam biasa lah, bila bangun awal, dia punya lapar tuuhhh. Pehhh. Tunggu punya tunggu takde siapa cal. Biskut kak el pun dah habis bantai. Kitorg pun turun cafe, makan. Lepas dah siap makan semua baru lah ada van datang jemput. Sampai dewan serbaguna(tempat masak) semua orng dah ada tengah makan. Sedih kann. Hahahaha. Lepas tu start lah kerja kerja merewang. Acehh pepiling anak dara sangat tau potong bawang, mesin cili etc etc. Masa tu lah baru aku kenal semua orang yg akubtak pernah kenal. Ohhh lupa nak bgtahu, aku kenal sorang je mamat nie. Budak ladang. Dia kawan erin. Duduk belakang aku dalam bas. Lepas penat cam baru ingat dia lah yg lepak sekali masa erin datang lawat aku dulu.

Tengah malam tu baru lahhh group 1-9 sampai ( which is all my friends there) Okay, kalau dah kene siap kan sarapan untuk sukarelawan, memang kene bngin pagi lah kann, so kitorg 4 anak dara tu pun kene lah bangun awal gila nak mateyyyyy. We decided to have  out bath before we sleep kot. Tidur pun lambat, bangun pun awal, so nanti bila bangun tu, gosok gigi terua gerak je g dewan. Tidur berapa jam je, bau sabun pun tak sempat hilang tauu.

Sabtu(2nd day)
dari kiri, kak ely, atika comel,kak dayah, kak el, kak ain.
Bangun awal pagi, buat sarapan, masak makan tengah hari, pack untuk dyorg. Lepas tu balik bilik kejap, mandi, tidurrrrrrrrrrrrr. Lepas tu bangun balik, pergi dewan, masak lagi untuk makan malam. Lepas tu, tengah malam balik.

Ahad( day3)
Kau tahu, kitorg kene bangun pukul 3 sebab kene siapkan maknan dyorg tu cepat cepat. Pehh nie lgi tak cukup tidur. Lepas siap masak tu, dlam pukul 5,6 kitorg terus tidur kat dewan tu jugak( dewan tu dewan serbaguna, tmpt kitorg letak maknan, tempat masak and another half tempat budak laki terlentang tiduqqqqq, adatilam jugak) tapi masalahnya kitorg perempuan ada 6 7 org tu tidur atas tikar je. Masa tu penat gila nak mampussss pusss so tak pikir apa dah. Pakai sebat je asal dapat tidur bhahaha. Masa subuh baru bangun.

Just imagine, aku kene bangun awal kot masak untuk korang, tidur kejap je, then kau expect aku nak senyum lebar lebar bila nampak korg dtg makan kat dewan tu? Muka sememeh lah siuttt. Lepas ru kata aku sombong. Buntut.

Macam biasa ah. Lepas masak, balik bilik, tidur. Kah. Aku rasa aku makan je siut kat situ. Kuang ajaaa tau kasi bahagian makanan.
Bila bergaul dengan orang tua tua nie kan, otak pun tercemar sikit. Kahkah.

Kau tahu, ptg tu, lepas siapkan makan malam dyorg, kitorg kene bergegas kemas semua peralatan yg ada sebb malam tu nak jalann kannnnnnnn.  So kitorg pun kemas cepat cepat, balik, mandi, tunggu budak laki kemaas  apetahh, terus gerak pergi wakaf che yeh( dah la group last yg gerak) sumpah masa tu aku lapar gila. Nama je group masakan, tapi tak dapat makan punnn. So semua org pun merungut. Jadinya, encik zul pun bawak lah kitorg pergi makan. Onomnom






okay nie kak el.
Masa tu balik pun dah berapa pagi. Balik tu kemas siiit sikt, terus tidur.


Isnin(last day)
Terlajak tidur. Bahahahahahha pukul lapan sebgah baru bangun. Padahal kene berkumpul pukul 9. Barng pun tak kemas lagi. Gelabah lah sikit.
Mandi laju laju, pack barang, terus gerak turun bawah. Lepas tu tunggu lah bas.


okay, nak abam abam kacak sikit.euuuu  
**lepas balik kelantan, ramaii duk usha abam abam group nie. sibuk duk tanya "yang pakai baju bla bla masa potong bawang tu siapa?" la, macam macam lah soalan. lupa pulak. 
Lepas tu berkumpul, macam biasa, group 10, satu bas dgn staf. Racist sikit. Tak payah nak rebut rebut bas.
akak manis. kah
 Kahkah. But still the last bus yg gerak. Tapi tak sama pun dengan bas lain, makan semua tempat lain. Sedih kan tak dapat jumpa ima? Bahahahahhahahaahha
entah, saipa tah ni, aku tengah jalan tibe tibe mintak nak ajak gambar sama sama. tak kenal pun
Dalam perjalanan banyak persimpangan , okay hambar. dalam perjalanan tu, kitorg singgah makan dekat terengganu. 
eeee comelnya, siapa nie. bahahahahahah k tak tak
. Lepas tu ehtah singgah manaana tah, pukl 1 pagi baru sampai uitm jasin. Sedih kan? Haha. But still jadi group first sampai walaupun group last gerak. Kahkah. Bangga tak?


In a nut shell, sumpah best gila, dapat kenal ramai orang(sebelum tu aku kenal budak dip cs, and a frw ladang je kot) lepas je natang nie, kenal ramai gilaaaaaa esp Abang akak MT(mostly aku tak kenal pun dyorg before tu) kahkah.

Ramai sangat ah, malas nak list. Bahahahhaahhahahahahaha. Yg aku contact and lepak sampai skrg, kak el. Yg lain, jarang gila nampak. Tapi kalau nampak they all still senyum lagi tau. Kira ingat lagi aku lah kann? Haha.

 and even ramai yang duk "untunglah, group 10, tak payah kemas kemas, tak penat"
hekelehhh, cakap boleh lah, tak penat, habis yg bangun awal pagi hari hari masakkan engkorang ni siapa? malas nak citeee. hahahahaha 
ehh, dia ajak gambar lagi
dari depan, kak shiaa, ima, tika manis

dia ajak lagiiii. tak puas katanya

tengok dia ajak lagi bhahahaha kbye

Okay macam panjang je. Cukup lah kot. Kah. Mekasihhh baca( muahh sikit)

1 comment: