Pages

Thursday, December 29, 2016

Balik tabir #iZealousDespedidaNight part 1

Bismilliah

 kfine, tak lama sangat kan nak tunggu kali ni punya update. well i think that i really need to post this sebab nak appreciate those yang terlibat dalam pembikinan natang nii. auuummm

so for this post im gonna tell u how we deal with those hotel and bla bla bla
(balik tabir post gonna be banyak series okay?)

CARA CARA NAK BUAT EVENT (DINNER) 
aummm

first thing first , biar aku kenalkan lah, tiga orang yang penting dari awal sampai akhir untuk event nie.
so syea as ketua program ,syihan penolong aku cem biasa ahh ppkp (fikir sendiri nama panjang)
nampak cem adik beradik keluar dengan mama kannn, hahahaha
since event nie terjadi, aku syea dengan syihan ni macam whereever u go, u need each other  laa. dia macam tak boleh berpisah hahaha acahhh

event nie dah lama dah rancang, since dinner last sem tak sempat buat dan kalau buat pun takat dalam kampus je kannnnn,
so nak taknak sem ni punya dinner gigh jugak nak benda tu ada. 
sebulannn lebih sebelum tu aku dah ajak syea dah cari hotel (excited kot), tapi tahi dia sebulan ?! kan dah rushing 

1) survey hotel

tak ingat tarikh bila, tapi sebulan sebelum tu, aku syea dengan syihan pergi survey hotel

masa tu arecs ada event lain jugak ada event induction tak silap,
lepas je event tu kitorg gigih la keluar jugak, cari hotel

okay day 1 cari hotel k. sebab kan masa tu weekend so kitorang dapat survey harga makan per head untuk dinner je(this is a must tau sebab korang boleh buat kira kira budget and standard hotel). fikir punya fikir masa tu kalau nak senang kan kerja kitorg, kami nak buat hi-tea jea, sebab pengangkutan apa semua tu kami jugak yg kene fikir, so baik buat hitea jeeeew(tak susahkan diri sendiriiiiii)

tapi sebab fikirkan kalian (mesti ramai kata hambar kalau  hitea) so nak taknak kami usaha jugak nak buat dinnurrr

hotel first kami pergi swiss garden(eh yeke nama dia nie) haha masa tengah jalan jalan tu ennn, ternmapak senior sekolah tengah dating, awek dia lawa, k tu je
 lepas tu pergi bayview. lepas tu pergi bandar, haaa kat sini dah start masalah dah

sebabkan bandar tu banyak hotel dan masa tu weekend so confirm sessak kann, 
masa tu fikir, nak letak kereta kat mana, pehhhh dia punya gigih tu, letak lah kereta kat mp lepas tu beria lah jalan lintas sana sini. aummmm (nak jadi tukang handle event ni kene kaya k kaya, parking kau bayar sendiri!!)

yang bestnyaa lepas je survey macam onggila tu, terus pergi event arecs !!! (hidup arecs!!) mana lah tak kurus

aku tak ingat berapa kali kami keluar tapi banyak kali snagat laa, nak taknak kene keluar gap between classes , sebab masa tu je sales hotel ada orang.
(kalau nak buat event kene berurusan dengan sales dia, so nak taknak korang memang kene pergi masaa weekday, sebab mereka kerja weekday jeww. kalau korang student yang sentiasa busy macam aku ni kan, terpkasa la korang skip makan skip rehat skip tidur sebab kene main kejar kejar kesana kesini)

kami keluar survey hotel masa weekend sebab nak tahu range harga per head, so boleh la kecilkan skop cari hotel. keluar masa weekday pulak pergi hotel yang berkemungkinan akan dijadikan tempat kejadian untuk tengok tempat.

banyak kali sangat keluar dengan diaorang nie masa tak cuti, sebab aku je boleh drive manual(ni berlagak) so kereta manual murah sikit nak sewa (syea ada lesen tapi lesen dah mampus) (syihan selalu class masa aku dengan syea free)

so that every time keluar memang ada aku lah cerita dia(saje nak cakap ppkp penting)

oh lupa nak bagitahu, kami tiga orang datang dari kelas yang berbeza (aku kelas A syihan B syea C) so dekt sini je dah nampak unity dia enn kahkah

lepas dah sejuta hotel kami survey (sebab nak cari yng terbaik untuk raikan sahabat sahabat ku sayang) so kami decide untuk pilih Avillion Legacy Hotel. sebab dewan dia cool, senang nak parking, makanan okay, sebab fikir view sekali (fikir kawan kawan nak upload gambar lelawa kene view lawa)

2) DEAL dengan hotel
masa survey avillion terus survey dewan semua sekali maka terkenal lah kami dengan abang gym (even miss siti pun dah kenal takkan la power rangers aku tak kenal kan) hahaahahha, abang gym sebab wehh status ws dia pun at the gym tak tukar tukar sampai sekrang. kitorg first time jumpa terus member kot dengan dia, bahhha tapi masa first time ni dia macam cover lagi lah gelak (acahh formal )
so here we go, tak pernah amek gambar pulak dengan dia
gambar dia yang ada pun masa syea amek gambar dewan (tunjuk kat miss gambar tu miss tanya "nie waiter ke?" lol lepas tu cerita kat miss pasal abang gym. 
miss siap zoom "katang (is it the right ejaan eh??) nyaa patutlah abang gym"

sejak sejak dinnur nie, dengan miss miss member kitorng (smiley sinis)

nie kira dah decide la hotel mana yang nak pilih.
kitorang tiga orang buat meeting masa malam merdeka (saje nak bagitahu tak balik demi event untuk kawan kawan) 
malam malam tengah meeting tu jugak kitorang call abang abang sales hotel hotel yang kitorng kemungkinan nak pilih untuk tanya depa pasal peralatan dengan kemudahan dan bla bla bla
jadi kami pilih avilion sebab senang nak deal dengan abang gym tu. apa kita nak dia bgi jeeeee. so kat situ dah jimat tak payah sewa peralatan k. 


okay first time jumpa abang gym (pergi avillion) kami survey harga per head dengan tengok dewan dengan tengok apa barang yang diaorang sediakan. 
masa ni kira fikir tu last hotel la nak survey sebab dah bnayk sangat hotel pergi (boleh rujuk pada swarm atika sebab dia check in setiap tempat yang mereka pergi sebagai bukti)
setiap hotel yang kami survey sekali dengan tengok dewn macam mana tau, dengan harga sekali lahh.


masa pergi avillion tu tak kenal lagi abang gym, so tak boleh nak call call la suruh turun. jadi mereka suruh datang jam 2, jadi kami pergi makan dulu
lepas dah makan tu baru jumpa abang gym. lepas tu terus la jadi member, aummm


Alhamdulillah, dekt sini je banyak Allah mudahkan urusan (kami target dua hotel sebenarnya, avillion dengan (rahsia), tapi (rahsia) dewan yang mereka sediaka untuk 100 orang macam tak best sebab dewan tu ada tiang tiang,  lepas tu banayk kemudaahan yang kami perlukan ada charge). 
so malam merdeka terpkasa laaa semua mengalah tak balik (lol aku mana pernah tak balik tauuuu) 
so malam tu terus meeting. walaupun 3 orang jeeww, tapi beria jugak buat meeting sebb nak decide mana satu yang okay (saje ulang lagi point penting. TAK BALIK SEBAB SETTLEKAN EVENT UNTUK MEMBER MEMBER)

 nak jugaklah letak gambar meeting.

so second time jumpa tuu ada saya denga syea je, sebab syihan busy ada quiz. second time ni kami dah mula decide menu, beria jugak tau mintak harga sekurng kurang tidak tapi dengan menu yang memberangsangkan. 

okay pasal menu ni kalian kene bijak ye anak anak. kat sini la teknik pandai menggoda kene digunakan dengan sebaiknya (tak tipu je, takkan lah nak goda abang gym pulak. saya mana suka sado sado ni)

kami dapat macam macam package tapi setiap package harga tu didatngkan dengan benda yang disukai & tak disukai. kitorang nak package harga yang baik(murah sikit) tapi nak jugak menu makanan yang mahal. HAHAHA jadi dengan bangga nya kami pun mix and match menu tradisional dan western ikut kegemaran kami tapi dengan harga yang terbaik (well, menu makanan yng dihidangkan pada kalian tu adalah menu kesukaan aku syea dan syihan, tolong faham dekat sini, kalian nak tak nak kene la makan apa yg kitorng suka, bukan korang suka
terima kasih Avillion Hotel Melaka kerana sudi melayan kerenah pelanggan (serious buat laa event dekat sini sales diorang baikkk !!) (dah puji ni bagi laa hi tea free) hahaha tak tak gurau je

masa ni jugak abang gym bawak pergi semua dewan yang ada so dia tunjukkan lah dewan untuk setiap berapa orang untuk event tu. 

lepas je second time pergi terus buat meeting dengan budak batch (sebab dinnur ni untuk batch jea) tak kose aku buat untuk satu kelab tu dah lah semua event junior taknak bagi kerjasama, lepas tu bila buat dinnur nak pulak  join 

3) perjumpaan dengan mereka yang terlibat

kalau nak tahu (memang nak bagitahu) petang sebelum buat meeting dengan budak batch tu kami bertiga meeting dengan miss siti dulu, bincang macam macam termasuk budget, jumpa miss sampai pukul 7, pukul 8 saya ada test linear ye anak anak, test tau test. lepas tu malam tu terus jumpa budak batch (guess siapa yang tak mandi satu hari) letih wehhh letih. lepas tu masa meeting ada yang mengeluh kuat kuat depan saya "alaaa cepatlah orang penat ni"(macam macam lagi sebenarnya mereka mengeluh depan saya k depan saya) it was likee "damnnn nak mengeluh jangan lah depan aku please, kau pun nampak kot aku salin baju kurung pun tak lagi, mandi pun tak sempat, pergi test pun terkejar kejar. makan pun tak sempatttt, fikir lah sikit perasaan akuu ni"  bukan nak mengeluh tapi nak maki. tak mintak sanjung at least hargai pengorbanan sahabat yang nak awak gembira ni tau. 

okay masa meeting nie kami bincang pasal tema dinnur, bagitahu bayaran per head (dinner + cenderamata), lepas tu mintak belas kasihan siapa nak sumbang. bincang pasal transport sekali

4) lepas je meeting terus start mintak duit 
yang ni serious nak puji budak batch sendiri, part nie memang kerjasama ynag sangat baik diberikan. Alhamdulillah. sebenarnya kitorang takut gila part ni, sebab takut ada yang bayar lambat la apa lah 
kami ambil masa untuk ini dalam dua minggu ke tiga minggu kot. 

lepas dah buat meeting dengan batch 

pergi hotel untuk third time pulak. saya pergi dengan syihan. masa ni syea ada kelas & abang gym takde, sebab tak sihattt, alaaa ciann.

okay sebenarnya masa third time nie kami datang untuk bagi wang pendahuluan, terus kira confirm laaaa. terus booked dewan, dapat senarai facilities yang mereka sediakan (NI KIRA DAH CONFIRM BETU BETUL)

okay masa nie menyirap okay, dah la tunggu syihan cari stoking lagi sebelah lama gila lepas tu nak sikat rambut pun lembab juga.
lepas tu masa dah keluar dari kampus mengada pulak nak tinggalkan surat nak bawak pergi sana, so patah lah balik, lepas dah patah balik tuuu dia cari kat bilik tak jumpa surat tu (sebenarnya surat tu ada je dalam file tapi dia cari tak betul ) dah membazir masa kat situ , memang, memang nak salahkan syihan memang. 
lepas tu dah la abang gym takde, nasib baik jumpa kak aishah (dia sales executive kot tak silap) (nasib baik dia belanja hi-tea untuk tiga orang masa hari kejadian nanti tauuu)
akak ni dia macam serious tau, so takut sikit la nak main main. pehh sekali dia pun rempit jugak, ajak gurauuuuuu. kamainn aummm. 
kak aishah ni lagi baik dari abang gym tau !! sebab dia belanja hi tea untuk hari dinner tuuuu uhuks(sorry la dia belanja 3 orang je, sebab tiga ni dah sepuluh kali menapak kat avillion kannn )

haa nasib baik lepas habis semua tu syihan ajak makan dekat vivo (dia belanjaaaa)(tapi desert jeeeee) (tu pun sebab dah menang sajak hasil dari pakai shawl aku) (kalau tak pakai shawl aku dah kalah dah)bahhahaha
kek yang syihan belanja uhuks.


okay settle third time.

kali keempat aku dengan syea datang lagi bawak auni dengan wanzul (auni incharge hiasan wanzul dak dak multimedia enn. okay masa nie menyirap dengan syea pulak, dia punya melayu satu jam jugaklah aku tunggu kat luar. cetannn,nasib baik atika penyabar)

masa kali keempat ni, kitorg survey tempat solat, toilet semua sekali. paling lama tang dalam dewan, bukan takat nak fikir decoration, fikir nama tajuk dinner pun berejam. masa ni syihan tak ikut bab busy akak dia nak kahwin(bukan dia nak kahwin pun)

tujuan tempat solat dan tandas di survey adalah untuk merancang pergerakan pelajar masa hari kejadian nanti (boleh bahagi bahagi tempat untuk kawan kawan bersiap. so that tak ganggu masa nanti) 
kali keempat pergi hotel ni kali terakhir la tengok tempat sebelum hari kejadian(so better  settlekan semua benda sebab kali keempat pun kira dah buat akak abang hotel tu muak tengok muka korang kahkah)

5) nama , tema, etc
pasal nama tema ni memang kene bincang dengan mereka mereka yang terlibat lah, kasi semua puas hati. tapi part ni la paling susah. bila dah banyak kepala kannnnn. 
ni lah logo #iZealous !!

IZEALOUS DESPEDIDA NIGHT

iZealous fikir dengan budak batch (siap buat undi lagi k) (terima kasih la kat syakirin sebab siapkan google form untuk pilih nama batch)
lepas tu masa nak bagi tajuk dinner dekat hotel tu rasa macam, "takkan iZealous Farewell Night"  -abng gym punya idea 
so beria cari punya cari, carilah farewell dalam bahasa lain apa, terjumpa laaa despedida niii, sebab kan macam best, so terus angkat buat tajuk (wehh nie beria fikir berejam siut)

bukan nak cakap apa lah, bincang pasal hotel dah sampai zohor, lepas tu usaha cari balloon helium (yang korang duk buat main tu ) lepas tu sibuk pulak carik barang dalam goodies tu, tang nak tempah lanyard tu, beria gila jalan kaki sini sana cari kedai last last ada je benda tu tersembunyi (which means kami dah lalu banyak kali guys banyak kali)
  
masa forth kami keluar(sekali dengan auni dan wanzul) nie la yang paling beria keluar, aku keluar pagi balik pukul 11 malam guys, lantas sesi tazkirah pun bermula (sebab janji paling lambat sampai rumah pukul 10) (itu dulu sekrang mungkin dah boleh lepak sampai 3 pagi)(mungkin)(tak pernah buat)(paling lambat pun pukul 1 lebih)(itu pun sebab ada alasan)(tapi tu pun esok paginya kene tazkirah)( i mean like better tazkirah laaaa dari kene marah)

5) goodies bag

sebab semua benda last minit kan, kerja kerja semua banyak yang kami kami ni je buat sebab nak tunggu orang memang takut tak sempat
dalam bag goodies tu ada mug beserta logo batch, lanyard, marshmellow. total bag goodies tu RM 8 +- 

nie pun kene fikir jugak. so masa aku syea auni wanzul keluar seharian tu, penat jugak lah duk nak fikir semua, kene fikir nak letak apa dalam goodies, budget nya lagi (budget lariiiii at first, sangat lari)
goodies tu pun marshmellow (idk how to spell it)  ada orang sponsor. kalau tak lagi la kosong goodies tu. 
bag untuk goodies tu pun berejam weh nak fikir apetah lagi bahan hiasan. nak lagi kalau keluar dengan auni dengan syea ni kan, wehhh tak reti serious siak, serious dua minit je lepas tu kucar kacir tahi betul member jenis cani. 
besar ennn mug minum kenyang kot

lanyard yang kami tempat tu pun dapat lambat jugak. jumaat malam kot baru dapat event hari ahad k 
tak kira dengan gelas pecahnya lagi. semua benda last minute guysss

6) hiasan

tema dinnur black white and red, so kene fikir tema ikut color lah kan, so masa keluar dengan auni dengan wanzul tu gigih la kami lari ke sana kemari cari bahan decoration (sambil rakan rakan lain syok cuti goyang kaki dekat rumah) pilih helium balloon pun satu hal, harga satu belon 2.50, korang kira tak berapa bnayak balloon dalam dewan masa tu, haaa kalau dapat agak boleh lah kira 1/4 dari budget hiasan tu berapa ye anak anak. 

sebab kami ada photobooth, jadi kami nak event tu nampak high class. so takkan kau nak hias photo booth takat tampat tampal je kannnn. jadi kami decide la tempat amek gambar tu macam ala ala red carpet AJL, so background wanzul yang design guyss !! alat alat nak amek gambar natang tu atas kerjsama syea & (yang gigih design print bagai, auni) !!! 
antara hiasan yang pukul 5 pagi baru siap 

7) meeting arecs ku sayang. 

okay masa nie kami panggil semua yang terlibat, termasuk mc lah. sebab masa ni ada dua event dekat dekat tau, AGM(which mean i kene terlibat) dengan dinnur nie lah. so masa ni bagitahu la flow program. MC fomal kami pilih uyun dengan syakirin (sebab dua dua kacak dan lawa kannn) (saje ju puji kang kata tak hargai pulak) , tak formal pilih lah aiman dengan holilul (sebab dua dua ni tak matang) Alhamdulillah la empat empat senang nak kerjasama. settle kerja, terima kasih mc sebab bersemangat dan bersungguh . 

masa meeting nie kami fikir sekali siapa yang handle hadiah cabutan, goodies, transportation, game, video, persembahan, jemputan, (ada pape lagi tak yang aku tinggal?)

aku ni kan jenis teliti enn (kahkah) so setiap butir butir tugasan dan aktiviti tu aku letak kepala dia tau. setiap benda kene teliti k part ni. nak bagi tugas pun aku syea syihan fikir lama sebab nak match kan tugas dengan yang buat tu kene sesuai. 

tapi yee anak anak, kebanyakan kerja memang dibahagikan akan tetapi akibat kekangan masa (maybe sebab yang ditugaskan tu lambat sangat buat kerja kahkah) so banyak kerja kami settlekan sendiri. sebab kalau hadiah hadiah semua tu kami settlekan masa cuti keluar sampai malam tu (tapi banyak je tak settle lagi) sebab naik je cuti terus week 14 dohh, taknak kacau masa mereka sebenarnya, sebab tu kami buat kerja cepat cepat, but still kacau week 14 aku (takpela as long as yang dikacau tu bukan masa kawan kawan kan)

8) transportation 
ehhh kann akuuu duduk jasinnnn, kann aku jee boleh google dekatt jasinn niii, sooo akuu laa kneee cariii transportttt kannnn, akuuu laaa yg kene 
hahahahahahhaah, okay pasal transport, budak batch aku ada la dalam 100 +- so kene la kami fikir nak angkut mereka pergi hotel ni naik apa.

fikir punya fikir , suruh la siapa yg boleh pergi sana sendiri, datang sendiri. sebab nak kurangkan budget pun satu hal, so lastly kami tempah satu bas jeeee. 

NAK TEMPAH SATU BAS TU JE PUN DAH SEKSA SIAK
beberapa hari sebelum event tu memang gigih la nak kene jugak cari bas, so dia punya gigih masuk library bincang dengan syea apa lagi tak settle (sebab masa ni ada conflict perbelanjaan jugak) 
kat dalam library tu jugak gigih cakap bisik bisik call bas tau, sepuluh kali tak sepuluh kali jugaklah call bas tu tak hangkat hangkat. tapi berkat usaha gigih aku call dan syea yg redha credit kene telan, dapat jugak call, terus tempah semua settle. Alhamdulillah setttleee.

tapi ingat ye para pemimpin sekalian, setiap perkara yang korang buat tu semua di bawah tanggujawab kalian ye. 
tolong bertanggungjawab sikit.

part ni aku amek nama sorang sorang yang naik bas, nama sorang sorang yang naik kereta, no plat kereta dengan penumpang penumpang sekali. tolong teliti part ni (lagi sekali aku ulang, apa apa jadi masa tengah event yang korang handle termasuk sebelum vent tu adalah dibawah tanggungjawab kalian ye para pemimpin)

9)invitation card
card ni nak kasi event kalian nampak exclusive laaa
(terima kasih kepada wanzul dan daus sebab design card yang aummm )(wanul design logo batch jugak guyss !!)
pasal vard ni paling problem !! card tu kami dapat masa lagi 3 ke 4 hari sebelum event guys !! tu pun sebab kedai buat hal, lain janji lain dia buat. budget card RM2.50 sekeping tapi dia buat macam 50 sen punya card. tak ingat nama kedai. tapi part ni, sorry wanzul susah kan kau sebab syea dengan syihan  dengan macambusy gila fikir benda lain sampai part ni betul betul past kat kau. 
tapi kat sini ah boleh tengok wanzul mengamuk. kahkah. 
sebab kedai card yg first tu buat hal last last wanzul cancel kan je terus buat kat tempat lain.
masalahnya kedai tu dah lah lambat tau (tak tepati janji) lepas tu layan pulak macam tahi tu. orang dah last minute. tahi betul.
ni design card k

please berhati hati bab bab printing ni k guys.
sebab dapat card lambat, bagi card invitation dekat lect pun lambat. uhuk (kene marah dengan miss siti)

10) sponsor
ni kalian kene mintak belas kasihan kit la. hahahahah. yang sponsor ni mintak kat budak batch jeee, mula mula cakap mulut je ("siapa nak tambah tambah sikit tu noleh lee") tapi sebab mereka excited ngat kan nak mintak kat parents pe semua, kami pun buat la surat tas nama ke ketua projek. Alhamdulillah ada parents yang bantu kami (atas permintaan nama nama yang salam selit duit ni aku rahsia kan k ) 
seriously kalau harap duit ynag mintak dekat student pun just lepas duit kana dan goodies. nie jujur aku tak tipu. 
sebab nak ringankan beban kawan kawan so kami terpaksa mintak budget sikit je (sebab taknak sesiapa rasa terbeban dan kalau boleh nak semua join) 

sebab nak majlis tak hambar, ada hadiah, ada game, ada decoration, terpaksa lah syea dengan syihan tu haa karang ayat memalam kat ppp kahkah. 

tapi tu jela nak cakap, yang sponsor ni rasanya semua kot tak menang langsung cabutan bertuah guysss !! hahahahahahaha sama lah kita !!

11) games 
yang ni kasi la azri dengan faiz. games ni je pun sepuluh juta tahun diaorang fikir lepas tu dengan tukar last minute nya. pasal game ni sebab nak isi masa sepanjang majlis. ada persembahan jugak (sediakan ajk untuk pastikan persembahan tu ada )
tapi takkan persembahan je kan? macam tak best kalau takat tu je, so kene la fikir games. ada game kene lah sediakan hadiah. hadiah dah la beli last minute, tukang game pun tukar game ikut suka hati dia tak fikir hadiah juagkkk. haish nasib baik game tak hambar dan hadiah tarik je entah mana mana. kahkah

bagusnya ada game ni, bagi kan game ikut grouping, yang part game ni kami bahagikan ikut meja. game berbentuk quiz (nampak tak nerd budak komputer tu, event pun game berbentuk ilmiah), game pickupline, game teka lagu. semua markah kumpul ikut kumpulan (pasal game ni aku pun tak tahu pende soklan tah dia orang siapkan, so tak boleh salahkan aku group aku menang tau) bahahahah !!


12) hadiah
hadiah ada banyak. kami bahagikan ikut ketegori. hadiah cabutan, hadiah pemenang, and best dress la of course. 
hadiah cabutan
hasil kutipan ihklas para sahabat, tak hingat la berapa ratus spent untuk ni. tapi sebab nak hadiah tu banyak (supaya rmai boleh menang) kami siapkan hadiah dekat 50 +- bottom ten of course la hadiah murah. part ni la nampak semua tak matang . masuk satu kedai lepastu tarik je hadiah banyak banyak (sampai cukup budget) (ada ditariknya pistol air la, macam macam la yang tak matang) (sorry la nak banyak kan hadiah je) 
yang top 10 baru kasi hadiah mahal kit. harga hadiah lebih rm50 lah untuk yg top ni

(tapi tula nak cakap, yang gigih balut hadiah la biasa tak dapat satu pun) 

hadiah pemenang
hadiah ni untuk persembahan. persembahan ikut kelas (nak semua involve) 
hadiah berupa hamper k. 
part ni boleh emo
sebab nak jimat, kami beli barang barang lepas tu balut sendiri.
cerita dia tukang balut 4 5 orang je nak balut 6 hamper. kerja last minute kan. 
yang tukang balut 4 5 orang perempuan ni, yela perempuan kan, nak kemas je. punya teliti balut. 2 malam gaklah mereka balut tak siap siap. last last (sehari hari sebelum event) semua give up (ni serious menangis doh) sebab  fikir banyak sangat benda tak settle lagi dengan tenaga pun tak ramai (semua dah cabut , part ni aku emo serious)  
last last masuk group (emo kan, melenting ah pe lagi) kahkah 
lepas tu terus budak laki semua masuk nak buat kat amna bagai. so malam tu jugak  kumpul ramai ramai, balut hamper tu sampai siap !(terima kasih kepada yang sudi tolong)

hadiah best dress
ni pun jimat gak. syea beli banyak banyak cekelat, buat chocolate bouquet sendiri. (masalahnya sampai 6 pagi buat malam sebelum eventt tau) nasib baik gigih syea tu kahkah (tapi aku tolong bagi semangat jugak sepanjang dia buat) (nak la jugak nama)









13) tetamu vip
vip kami dari kalangan lecturer. lect yang join semua sporting, so kami tak payah fikir formal sangat. Alhamdulillah part ni. 
kalau engkorang ada tetamu vip tu, fikir la sendiri do and dont k.

ingat duduk centu nak mintak simpati masuk dalam group panggil semuaorang mintak angkat barang 
but people dont care guyssss


apa lagi eh yang aku tinggal . tu je kot. so sekian saje untuk kali ini. post ni untuk bagitahu engkorang basic buat event k. 

 otw sepuluh kali pergi hotel


aku dah cakap kan , nak jadi ornag kuat event kene kaya !

Tuesday, July 5, 2016

4 JUN 2016

hell-0

bercintaaaa enn nak tunggu aku hapdettt hahahahahahhaha

Alhamdulillah for this 20 years !! yeayy atika dah besar. kahkah. tarikh tahun ni jatuh pada hari pendaftaran kolej, emo tak emo jugak ah cerita dia.

so malam 4 jun tu aku dapat tengok bola. orang bawak. well, perempuan kan susah nak kelaur tapi malam tu dapat dohh sebab konon meraikan letuwwww. i think it will be my first and last ahh. melainkan kalau lepas ni nak pergi senyap senyap kannn.
as im growing bigger, banyak la benda dah berubah dalam hidup saya ni kan.

macam macam berubah. termasuklah saya lebih bahagia. Alhamdulillah. aku sendiri rasa banyak sangat benda aku dah tempuh untuk tahun tahun sebelum nie. banyak sangat aku punya down lebih dari ups. well u know how struggle i am to continue my life kan.

sampai lari dari itu ini. dia punya gigih tu kannnnn.
but then Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah aku bahagia sekarang. kalau aku still stuck on my ex, mesti aku tak bahagia macam nie. mesti hidup aku makin jahil, keluar dengan laki suka hati, keluar sampai malam tak bagitahu parents. selalu keluar dating lebih kan boyf dari keluarga.
alhamdulillah lah dah jauh dari semua tu sebab dah dekat dengan someone yg nak aku jadi baik. terima kasih Allah lah sebab datangkan this type of guy in my life.

rasa macam ayat aku kasar sangat pulak. kahs

since aku pun dah drive anywhere i love kan, so ibu ayah percaya jea sekarang. dulu kene balik sebelum maghrib tapi bila makin besar ni makin berani pulak. balik sampai lewat malam. tapi dulu ibu marah sekrang semua diam jea cuma kenkadang jea kene marah. as long as mereka tahu aku tak dengan lelaki sampai lewat malam them mereka okay. so kalau rasa aku still stuck on dengan ex puksmak tu kau rasa aku diberi kepercayaan sampai macam nie sekali ke?

tahun yang kedua puluh ni lebih menyedarkan aku the good between all my tears before. so aku tak kira aku nak cerita jugak pasal benda benda nie.
walaupun perangai aku tak berubah rubah lagi kan, jenis tak reti nk cover cun baik soapn santun depan laki, gelak macam setan bising tak reti senyap, tapi aku rasa semua tu effect after the tears dohh. sekarang aku pun rasa aku makin kasar. kalau dulu tak pun. asek kene cover ayu tak boleh mencarut buat itu ini kene marah. so kira 90% fake bila dengan ex tu haa. rasa terkongkong. memanglah aku rasa dia jaga aku baik je dulu tak macam dia jaga awek dia sekarang. kahkah. yela dulu pakai baju nampak body shape pun kene marah "nak tunjuk dekat siaapa badan tu"  sekarang dia dengan awek dia siap pergi swim sama sama lagi. so nak share dengan siapa badan awek tu? aummm sorry too rude for this. tapi aku rasa aku nak luah je sakit hati ni.
dulu nak mencarut nak gelak kuat pun kene marah nak gedik dengan laki nak layan laki dekat sosial media pun kene marah (tapi aku slalu jea buat belakang belakang) tapi sekrang awek dia? oh maybe awek dia sekarang lawa kan. so kene lah tayang everywhere anywhere.
luls. tapi sekrang aku tajdelah jahat sangat. cover jugak lah sikit. kasar bila dengan member member yg tahi dengan aku jea (my guy friend tak respect i pun since diaorang anggap i macam member laki diaorang jea)
just i hope my boyf can treat me like how he did (maybe better) but please dont leave me like how he dia thoo. macam cibai rasa dia. terett tett tettttt
tapi semalam bila hadap both of them aku ilek jea. nak marah pun takde. rasa menyampah jea. bila nampak diaorang berdua aku rasa macam "lol dulu aku manja lagi lebih. tapi skrg dia dengan perempuan lain pulak.  atleast aku dah rasa semua benda jahil dulu dan buat aku lagi kuat dan tahu baik buruk sekrang. takpelah perempun tu baru nak rasa bercinta tu macam mana bagi jela diaorang bahagia" but ni semua yg terlintas kat kepala aku tau semalam. aku chill jea tak rasa sakit hati pun. pandang pun takde perasaan . tapi cerita dia sebab aku tak rasa nak pandang dia pun ( i dont kenepa semalam aku tiba tiba tabah nak mampus. terima kasih ya Allah) aummmm.



okay so saya share sikit sebanyak lahhhh gambarrrr. sorry kalau ada yang tertinggal. aku transfer dari phone ke hard disk tapi jumpa nie jea. sorry
so like i said this one before the date

twitter kita banyak balloon

orang pertikaikan kenapa power rangers. tapi masaalaahnya kitorang memang ada kuasa pun. sebab tu power rangers. kah

aku rasa nurul jea yang macam baik sikit kasi gambar aku lawa lain semua perangai cem harammm

ni adik dorm kita. ouchh rindu suasana dorm 

hahahahaha nie dia ni tiap tiap tahun cem setan sikit perangai, caption tak pernah baik. tapi aku bersin cover gila kot kat U. sumpah cover. yang bancuhkan air nestum tu yelaaa aku hargai. terima kasih maja. nampak tak gigihnya maja nak pastikan aku okay masa tu. msa tu aku sakit perut sebab makan pedas kot. lepas tu maja buat kan nestum hantar bilik sakit. tapi masa tu sebab air panas habis. so dia punya gigih tu sampai bancuh guna air sejuk. hahahahaha terharu itewww tau


nie ima lah kan siapa tak kenal. tapi dari sem 1 aku memang cute eh? bhahahahahah but until  now ada orang panggil aku ima lagi. diaorang tak tahu ke beza aku dengan ima ketara jea terutama dari segi saiz. aku kurus lebih sikit. kahkah. tapi thanks to ima. dia banyak tahu rahsia kita. so dia yang hadap aku nangis bila sedih dalam bilik tuu aummm
ni qilaaa. so aku pernah pecahkan perfume diaaaaa. hahahahaahhahah


tapi caption aimi ah paling terharuwss angatttt. tapi aku tenggokkan dia apa. siap bawak dia fly balik rumah sebab suruh dia masak untuk kenduri uhuu uhuu.

sebab jarang gambar dengan kak tikahhh. asal nak amek gambar dengan dia jea mesti dia balik lah itu la

bahhahaha tapi iffaa laaa selalu ada dengan kita  bila kita rasa nak maki. kira bila dengan dia jea terus nak keluarkan the power of girl tu. uhuu uhuuu




sebab syeera kan lawa. kalau kat jasin tu, siapa jea tak minat dia. dah la baik sopan santun (menyampah aku) tapi kalau kentut busuk. so susah ah nak ada gambar dengan diaaaaa.
muka aku masa part one kenapa macam ni pulak ek? haha


elehh memula kata taknak wish, tapi bila wish buat orang sedih menyampah aku. tapi terharu jugak lah dengan wish kau, kahkah

so this one combination yang entah mana rasydan dapat tah. kaujaaaaa. sumaph dendam sampai mati.tapi terharu laaah sebab gigih kumpulkan semua ni kannn aummmmm

ima sweet kott aummm

so last dengan bapak kita.yeay dah 20 semoga lebih tabah menghadapi ujian mendatang. dah tak sedih dengan semua benda yang berlaku dekat diri sendiri. lebih tabah dan semoga zauj jadi imam nanti suara sedap. yeayy (cita cita baru )
birthday tahun nie rsa macam takde mood pun nak sambut maybe sebab mood perempuan kot masa tu. tapi rasa sebak jea sebab orang keliling sayangggggggg. yeayy

and finally thanks everyone. mintak maaf kalau post kita kasar sangat. hikhiks selamat hari raya